Searching...

Puak-puak Pemberontak Mengarahkan Presiden Mursi Agar Berundur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Keadaan di Mesir pada ketika ini semakin meruncing. Presiden Mesir (Mursi) dari Parti Ikhwanul Muslimin sedang mengalami situasi tekanan daripada puak-puak pemberontak dalam kalangan rakyatnya sendiri. Puak-puak pemberontak mengarahkan Presiden Mursi agar berundur dari tampuk pemerintahannya. Tentera-tentera Mesir pula berpaling tadah daripada Presiden Mursi. Justeru, keadaan Presiden Mursi pada ketika ini boleh dijadikan iktibar daripada kisah sahabat Nabi S.A.W iaitu Sayidina Uthman Bin 'Affan ketika berada dalam situasi konflik pemerintahannya iaitu dalam menghadapi tekanan pemberontak. Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman Bin 'Affan r.a telah meminta pendapat Ibnu Umar r.a. Berikut adalah perbualan mereka berdua:

Uthman: Orang ramai mendesakku dengan berkata "letak jawatan atau kami akan membunuhmu!"

Ibnu Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)?

Uthman: Tidak.

Ibnu Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa manfaat dengan membunuhmu?

Uthman: Tidak.

Ibnu Umar: Adakah mereka yang menentukan Syurga dan Neraka untukmu?

Uthman: Tidak

Ibnu Umar: Maka janganlah sekali-kali engkau menanggalkan pakaian yang telah Allah S.W.T pakaikan buatmu. Atau nanti akan menjadi 'sunnah' (kebiasaan) kaum selepasmu setiap kali satu-satu kaum itu tidak menyukai khalifahnya, mereka memecatnya atau membunuhnya! 

[Sumber daripada kitab: Al-Bidayah waal Nihayah 4/198].

Satu pesanan yang dapat memberi semangat kepada Presiden Mursi: 

"Bertahanlah wahai Presiden Mursi. Engkau menerima amanah kepimpinan itu secara sah. Maka janganlah engkau tunduk kepada tekanan perusuh munafiq itu!"

Berikut saya paparkan sedikit sebanyak status dari laman sosial facebook mengenai situasi di Mesir yang terkini untuk dapatkan pencerahan dan penghayatan:



Berikut adalah komen-komen membina sebagai pembakar semangat untuk bangkit meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah dalam memerangi kuffar yang sedang memberontak di bumi Mesir:


Wallahu'alam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger