Searching...

Rahsia Disebalik Alam Barzakh yang Kita Ambil Sikap Acuh Tak Acuh Terhadap Mati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Setiap makhluk khususnya manusia yang hidup di alam dunia ini pasti akan merasai mati. Mati adalah perceraian roh daripada badan, tetapi ianya bukanlah suatu babak penyudah dalam arena perjalanan hidup manusia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi dengan dimulai dari alam barzakh. Setiap manusia juga tidak pernah terlepas daripada kematian. Justeru, janganlah kita sesekali mengambil sikap acuh tak acuh terhadap mati kerana mati itu adalah pasti.

Purata bilangan setiap detik dikira, sudah pastinya ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik itu juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan ke alam dunia. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Kita hidup di dunia ini diumpamakan seperti seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian kita akan meneruskan perjalanannya ke alam barzakh.

Hidup di dunia akan berakhir dengan proses kematian. Jika kelahiran adalah proses yang membawa kita berpindah dari alam rahim ke alam dunia, maka kematian pula adalah proses yang membawa kita berpindah daripada alam dunia ke alam barzakh. Hakikatnya, kelahiran dan kematian adalah sama yakni suatu proses yang mesti dilalui sebelum berpindah ke alam selepas dari alam sebelumnya.

"Sayangnya, ramai manusia yang hanya membuat persediaan untuk menghadapi kelahiran berbanding kematian. Kain lampin lebih popular daripada kain kapan!"

Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan iktikad Ahli Sunnah Waal Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat.


Alam barzakh juga diibaratkan sebagai pemisah atau sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia diibaratkan juga seperti dalam tahanan reman, sementara menunggu saat hari perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada pengembaraan seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya. Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan manusia ketika di dunia dahulu. Dua malaikat, Munkar dan Nakir akan menjalankan tugas awalnya. 

Sama ada manusia akan menghadapi pendahuluan nikmat bagi mereka yang soleh atau pendahuluan azab bagi mereka yang toleh telah menjadi ketara yang mesti dirasai. Di sini manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau terseksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di Padang Mahsyar.

Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T berikut:


حَتَّى إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحاً فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Maksudnya: "Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku dapat mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan." Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)." [Surah Al-Mu'minun ayat 99-100].

Seseorang yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya kubur adalah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas daripada seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (terkandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras dan berat)."

Mari saksikan klip video lagu terbaru dari band Ungu yang bertajuk, "Bila Tiba" sebagai mengingati mati, agar kita tidak lalai ketika masih di alam dunia lagi sebelum tiba saat berganti dunia, yakni alam yang sangat jauh berbeza dan tak dapat kita nak bayangkan:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger