Searching...

Rahsia Disebalik Alam Dunia yang Kita Selalu Abaikan Dalam Menempuhi Hidup Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Untuk makluman anda, alam dunia merupakan alam ketiga selepas kita menempuh alam rahimOleh itu, rahsia disebaliknya akan didedahkan untuk kesedaran kita semua agar kita tidak mengabaikan tempoh jangka hayat kita selama kita hidup ini. 

Tiba masanya, klik butang, hidup di'on'kan. Manusia pun lahir ke alam dunia dan terus menangis. Tangisan ini ada maknanya tersendiri. Tangisan bayi yang lahir ke dunia adalah berpunca daripada gangguan syaitan. Mungkin manusia berkata, "Tidak!" terhadap gangguan syaitan itu. Begitulah erti tangisan itu. 

Manakala ahli perubatan pula menjelaskan bahawa tangisan pertama perlu untuk mengepam oksigen ke peparu yang baru berfungsi. 

Apapun makna dan tafsirannya, hidup memang dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Tidak ada manusia yang lahir dengan ketawa!

Di dalam dunia inilah bermulalah ujian. Manusia dihadapi dengan pelbagai ujian dan dugaan hidup. Manusia juga hidup untuk diuji! Firman Allah S.W.T:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu), untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." [Surah Al-Mulk ayat 2].


Walaupun hanya sekitar 60 hingga 70 tahun, tetapi hidup di dunia inilah yang paling kritikal kerana ia akan menentukan sama ada kita ini akan bahagia atau derita selama-lamanya kelak. Dunia umpama, 'dewan peperiksaan'. Manusia terpaksa menjawab beberapa 'soalan peperiksaan' yang telah pun 'bocor'. Saya katakan demikian kerana soalan-soalan yang akan ditanyakan di alam kubur dan di alam mahsyar kelak, telah pun dimaklumkan kepada manusia semasa di dunia lagi.

Berikut adalah soalan dan jawapan di dalam kubur:
  • Siapakah Tuhanmu? Jawapannya, Allah Tuhanku.
  • Apakah agamamu? Jawapannya, Islam agamaku.
  • Siapakah lelaki ini yang diutus kepada kamu? Jawapannya, Dia adalah Rasulullah S.A.W.
  • Apa yang kamu lakukan semasa di dunia? Jawapannya, Aku membaca Al-Qur'an, membenarkannya dan beriman kepadanya.
[Soalan dan jawapan di atas bersumberkan hadis sahih yang direkodkan oleh Sulaiman Bin Al-Ash'ath, Sunan Abi Daud, Dar Al-Fikr, jil. 2, halaman 652, no. 4753].

Berikut adalah soalan ketika berada di padang mahsyar:
  • Ke mana harta yang kamu belanjakan?
  • Ke mana ilmu yang kamu gunakan?
  • Ke mana umur yang kamu gunakan?
  • Bagaimana umur muda kamu habiskan?
Namun kita harus ingat, soalan-soalan itu bukan dijawab secara lisan berdasarkan pemikiran. Tetapi perbuatan kita di alam dunia inilah 'jawapan' kepada soalan-soalan itu.

Jika kita melakukan sesuatu yang selaras dengan kehendak Allah, maka itulah jawapan bagi soalan, "Siapa Tuhan kamu?" Jika kita benar-benar mengikut panduan As-Sunnah Rasulullah S.A.W, maka itulah jawapan bagi soalan, "Siapakah lelaki ini yang diutus kepada kamu?" Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger