Searching...

Rahsia Kenapa Tentera Hizbussyaiton Kebanyakannya Lari Dari Medan Peperangan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berdasarkan sebuah sumber yang boleh dipercayai iaitu dari Al-Jazeera, dilaporkan bahawa setiap bulan, tentera-tentera [Hizbussyaiton] memperoleh bayaran sebanyak USD1800 daripada pimpinan Hizbussyaiton di Iran agar mereka terdorong dengan upah yang sebegitu agak lumayan untuk bertempur melawan kaum Muslimin di Syria. Namun begitu, mereka kebanyakannya lari dari medan peperangan kerana mereka lebih cintakan harta dunia (upah yang mereka terima itu) daripada mati menjadi seorang wira Syiah!

Seorang Mujahid di Al-Qushayr memberikan kenyataan bahawa tentera-tentera Hizbussyaiton sentiasa nampak cemas dan mereka juga sentiasa berada dalam ketakutan. Mujahid itu menambahkan lagi kenyataannya bahawa tentera Hizbussyaiton selalu sahaja terburu-buru meninggalkan medan peperangan terlebih dahulu sebelum tentera rejim Assad berbuat demikian. Oleh itu, mereka lebih banyak dilihat hanya menyerang dengan menggunakan jet-jet tempur melalui jalur udara atau dengan senjata meriam berat (artillery) seperti kereta kebal dan kenderaan-kenderaan tempur yang lain.


Dilaporkan pula, bahawa sebahagian besar tentera Hizbussyaiton menembak kaki mereka sendiri ditengah-tengah medan peperangan agar mereka dapat balik ke negara asal mereka dengan segera dan dilabel sebagai tentera yang terkorban atau tercedera dalam peperangan tersebut. Oleh itu, mereka akan melakukan sedemikian setelah mereka mendapatkan upah daripada pimpinan mereka terlebih dahulu, sebelum mereka pergi bertempur.

Pada masa yang sama, pada saat tentera-tentera kuffar (Hizbussyaiton) menuju ke Syria memerangi dan membunuh kaum Muslimin demi mendapatkan habuan besar yang mereka perolehi, maka para mujahidin datang dari segenap penjuru Syria menuju ke kota Al-Qushayr dengan hanya berbekalkan keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah S.W.T yakni dengan mengharapkan redha Allah dan kemuliaan Syurga. Tentera-tentera mujahidin berperang kerana Allah S.W.T demi untuk melindungi keluarga-keluarga mereka dan juga sanak-saudara mereka.

Firman Allah S.W.T:

سَنُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرُّعْبَ بِمَا أَشْرَكُواْ بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَاناً وَمَأْوَاهُمُ النَّارُ وَبِئْسَ مَثْوَى 

الظَّالِمِينَ

Maksudnya: "Kami akan masukkan rasa takut ke dalam hati orang-orang kafir, kerana mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang zalim." [Surah Ali Imran ayat 151].

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger