Searching...

3 Tips Mudah yang Dikatakan Remeh Untuk Menjadi Suami yang Paling Berjaya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Seorang suami yang muslim adalah seorang yang bijaksana jika dia sentiasa mengamalkan petunjuk agama selaras dengan perwatakannya dilabel sebagai seorang yang berjaya dan paling dicintai oleh isterinya yang solehah dan beriman. Suami seperti ini sangat mendalam kefahamannya terhadap fitrah wanita, hingga dia mampu membimbing wanita mengikut landasan agama yang sangat harmoni dengan fitrah manusia. 

Dia juga sedar akan kecenderungan, keinginan dan kesukaan isterinya, serta dia berusaha menyeimbangkannya dengan sifat-sifat dan cara hidup yang diinginkan untuk isterinya. Manakala pada masa yang sama, dia tidak pernah lupa bahawa wanita itu dicipta daripada tulang rusuk, sehingga untuk meluruskannya adalah sesuatu yang mustahil. Jadi, 3 tips mudah berikutnya yang dikatakan remeh oleh segelintir manusia yang bermentaliti sekular akan dikongsikan untuk dipraktikkan oleh kaum Adam agar lelaki yang bergelar suami dapat menyesuaikan dirinya dalam hubungan rumahtangganya bersama isterinya secara kekal hingga jasad dikandung tanah:


1. Memahami Kehendak Isteri Dan Menghormati Perasaannya.

Muslim yang sebetul-betulnya sentiasa memahami kehendak isterinya dan menghormati perasaannya. Dia tidak suka mencela keluarga mertua dan kaum kerabat isterinya kerana rasa hormat terhadap isterinya. Sebagai balasan, isterinya juga turut akan menghormati perasaannya dan tidak akan sekali-kali mengatakan sesuatu yang boleh menimbulkan rasa kurang senang terhadap ahli keluarga suami. 

Maknanya di sini, bila suami menunjukkan contoh yang baik terhadap isterinya, maka sudah pasti isteri akan turut mengikuti jejak langkah si suaminya demi kebahagiaan rumahtangga.

Suami itu juga tidak akan menyebarkan rahsia yang diamanahkan oleh isterinya, atau kisah yang diceritakan oleh isterinya atas rasa kepercayaan terhadap si suami itu. Kerana kecuaian dalam perkara seperti ini sering kali mengakibatkan perbalahan di antara suami dan isteri, serta boleh menghilangkan perasaan cinta di antara keduanya. Oleh itu, suami seorang muslim yang jujur akan melindungi rumahtangganya daripada hal-hal seperti itu.


2. Membantu Ketika Isteri Susah Dan Lemah.

Suami muslim yang sebenar-benarnya sentiasa berusaha membantu isterinya memperbaiki kekurangannya dalam hal ilmu dan akhlak dengan cara yang positif dan lemah-lembut. Jika dia mendapati isterinya itu melebihi batas-batas yang ditentukan oleh agama, maka dia akan meluruskannya kembali dengan akhlak yang baik dan mulia. 

Dia sentiasa mengelakkan dirinya daripada memarahi atau memukulnya di depan orang lain, walau apa pun yang telah dilakukan oleh isterinya itu. Yang paling dibenci oleh wanita ialah dimarahi atau dipukul di depan orang lain. Seseorang muslim itu dilihat sangat sensitif akan hal ini dan justeru, ia hendaklah sentiasa menghormati perasaan orang lain.


3. Pandai Menyeimbangkan Di Antara Menyenangkan Hati Isteri Dan Ibunya Sendiri.

Suami muslim yang soleh, perlulah pandai menjaga hati isteri dan juga hati ibunya sehingga dia tidak menganiaya kedua-duanya secara dia tidak sedari. Maka dengan itu, dia juga tidak boleh melakukan salah satu daripadanya yakni derhaka terhadap ibunya atau berlaku zalim terhadap isterinya. Sebaliknya, dia perlu sedar akan hak-hak ibunya dan wajib melayaninya dengan sebaik-baiknya dan dia juga perlu sedar akan hak-hak isterinya yang wajib dilaksanakan dengan sesukup-cukupnya.

Dia juga tidak akan sekali-kali melanggar hak-hak isterinya semata-mata hendak memenuhi tuntutan ibunya. Seseorang muslim dapat melaksanakan kewajipan ini dengan sebaik-baiknya dan bertaqwa kepada Allah dalam hal tersebut.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger