Searching...

5 Senarai Senjata Kimia Paling Bahaya Di Dunia yang Digunakan Oleh Rejim Assad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Senjata kimia paling bahaya di dunia yang dilarang penggunaannya oleh undang-undang antarabangsa dalam peperangan telah digunakan oleh rejim Assad untuk membunuh rakyatnya sendiri! Dan apakah komen pemimpin-pemimpin antarabangsa? Mereka hanya pandai mengkritik dengan sandiwara mereka, tetapi mereka tidak berani langsung untuk bertindak!

Senjata kimia merupakan senjata yang sengaja dibuat daripada tindak balas kimia yang bersifat beracun untuk membunuh musuh dan mengakibatkan kerosakan yang serius pada urat-urat saraf serta kegagalan organ-organ dalaman berfungsi dalam masa beberapa saat/minit selepas senjata tersebut ditembak ke tempat sasaran. Senjata kimia juga amat berbahaya jika terkena pada tubuh seseorang mengakibatkan kecacatan pada kulit dan anggota badan seumur hidup. 

Berikut saya senaraikan lima di antara senjata-senjata kimia yang paling bahaya di dunia: 


1. SARIN

Sarin adalah bahan kimia paling beracun sama ada dalam bentuk cecair mahupun gas dan paling reaktif di antara bahan kimia yang lain. Bahan kimia ini boleh menyebabkan kematian dalam sela masa beberapa minit selepas terkena pada seseorang walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Sarin memasuki tubuh seseorang bukan hanya melalui saluran pernafasan, tetapi ia juga boleh melalui kulit dan membuatkan nyawa seseorang itu melayang disebabkan oleh kesesakan nafas, buta, luka kerana kulit terbakar, lumpuh dan cacat seumur hidup. Racun ini menyerang manusia melalui sistem saraf pusat.

Racun ini mampu bertahan lama di dalam udara persekitaran dan juga boleh mencemarkan air kerana sifatnya yang mudah larut di dalam air sehingga tersebarnya secara meluas.


2. VX

Racun paling bahaya dalam bentuk cecair dan gas. Ia dapat menyerang sistem saraf pusat. Bahan kimia ini dinilai 100 kali lebih beracun melalui sentuhan kulit lalu memasuki sistem saraf, dan dua kali lebih berbahaya melalui saluran pernafasan. 

VX boleh menyebabkan kematian dalam jangka masa beberapa minit selepas terkena. Bahan kimia ini juga boleh menyebabkan kematian pada seseorang apabila diserang melalui otot dengan cara menyerang otot yang dikendalikan dalam keadaan aktif sehingga otot menjadi lelah dan tidak bermaya lalu mati.


3. SULFUR MUSTARDS

Sejenis gelembung dan unsur perantara alkali. Bahan kimia ini tidak berwarna dalam keadaan tulen/asli. Namun secara umumnya, ia berwarna kuning kecoklatan dan sedikit berbau mustard atau bawang putih. Sulfur Mustards menyebabkan luka pada kulit, mata dan saluran pernafasan. 

Tidak ada penawar bagi racun untuk keracunan sulfur mustard. Satu-satunya cara berkesan untuk mengubati seseorang yang terkena racun ini adalah dengan mengurangi pencemaran (contamination) racun tersebut pada semua bahagian yang terkena. Sepuluh miligram (mg) bahan kimia ini cukup boleh membunuh seseorang. 

Bahan ini juga sangat beracun baik dalam bentuk cecair mahupun gas, yakni dengan menyerang sistem saraf pusat dan boleh menyebabkan kematian seseorang dalam masa beberapa minit setelah terkena. Bahan ini memasuki tubuh melalui pernafasan, pencernaan, mata dan kulit.


4. CHLORINE

Gas kuning kehijauan dengan bau yang tajam menusuk ke dalam rongga hidung. Ia merupakan bahan yang lebih berat daripada udara. Bahan ini bertindak balas terhadap pelbagai bahan organik, menimbulkan api dan boleh menyebabkan letupan yang dahsyat. Ia juga boleh menyebabkan kakisan (corrosion) pada mata dan kulit. Penyebaran melalui udara boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan edema paru-paru. Jika seseorang terkena dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan kematian.


5. HYDROGEN CYANIDE

Bersifat amat mudah terbakar, tidak berwarna sama ada dalam bentuk gas mahupun cecair. Sekiranya bahan ini dalam keadaan terbakar, ia boleh menyebarkan racun dan boleh mencetuskan letupan. Ia juga boleh menimbulkan gangguan (irritation) pada mata, kulit dan saluran pernafasan. Bahan ini boleh menyerang sistem saraf pusat sehingga peredaran pada saraf tersebut tidak berfungsi.


Jenis Gas Beracun yang Digunakan Oleh Rejim Assad.

Dan apakah jenis gas beracun yang digunakan oleh rejim Basyar Al-Assad untuk membunuh rakyat Syria?

Para aktivis kemanusiaan di Syria menduga bahawa jenis senjata kimia yang digunakan oleh rejim Assad adalah jenis SARIN. Namun begitu, sehingga sekarang para aktivis tersebut masih belum dapat mengesahkan jenis senjata kimia beracun itu. Pada bulan Mei yang lalu, rejim Assad ada menggunakan senjata kimia beracun jenis SARIN semasa menyerang penduduk awam Syria. Rujuk entri lepas yang bertajuk, [Jenis Gas Beracun yang Digunakan Oleh Rejim Assad Untuk Menyerang Penduduk Syria].


Bayan baker yakni seorang pegawai perubatan di Douma, dekat Ghouta berkata, "Jumlah korban terus meningkat, para aktivis melaporkan bahawa beratus-ratus jasad bergelimpangan di atas jalan. Kebanyakan daripada penduduk awam yang mati adalah dalam kalangan wanita dan kanak-kanak. Semua yang mati mempunyai ciri-ciri yang sama yakni biji mata kelihatan membesar, tangan dan kaki kelihatan lemah dan mulut berbuih. Ini adalah petanda bahawa mereka diserang dengan senjata kimia, bukan bom biasa".

Doktor-doktor dan para sukarelawan pegawai perubatan berusaha menolong mangsa dengan membuka baju, membersihkan dan menyiramkan air ke atas tubuh mangsa itu bagi menghilangkan racun kimia yang melekat pada tubuh mangsa tersebut. Namun begitu, disebabkan jumlah mangsa yang sangat ramai dan kurangnya tenaga pegawai perubatan serta keadaan udara di situ tercemar (contamination) menyebabkan mangsa yang terbunuh semakin meningkat.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

3 comments:

  1. israel punya kerja semua ni. armddn war semakin hampir

    ReplyDelete
  2. Melayu sibuk berhari raya untuk genapkan sebulan.Kita makan dan minum sedang saudara SeIslam kita dibunuh

    ReplyDelete
  3. hmmm bila imam mahdi nk sampai ni..l.hrp allah percepatkan

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger