Searching...

Adakah Basyar Assad Terbunuh Dalam Konvoi-konvoi Kereta Rejim?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Gambar di atas menunjukkan Siaran 'ON AIR' dari TV Syria, "Assad bersolat aidilfitri pada hari Selasa di masjid di Damaskus".

Mujahidin Tahrir Al-Sham dan Liwa Al-Islam berjaya menembak dengan tepat ke arah dua konvoi rejim di jalan berlainan yang sedang menuju ke tempat 'solat aidilfitri', dengan menggunakan meriam artileri, mortar dan roket. Sementara itu, pesawat-pesawat tempur dan helikopter-helikopter kelihatan berlegar-legar di udara. Namun demikian, mengenai kenderaan udara itu, belum lagi dapat disahkan sama ada mereka merupakan puak rejim atau Mujahidin. Seperti mana yang kita ketahui, Mujahidin mendapat ghanimah (harta rampasan perang) dengan begitu banyak sekali hasil daripada penaklukan bandar tentera Menegh. Antara ghanimah yang Mujahidin peroleh adalah pesawat-pesawat milik tentera rejim.

Sehingga kini, serangan masih berterusan berlangsung dan perkhidmatan bekalan elektrik di sekelilingnya telah terputus. Lebih daripada 80 tentera Assad terbunuh dalam pengeboman di daerah Malki dalam wilayah Damaskus itu. Namun demikian, kelompok Mujahidin tersebut masih tidak mengetahui sama ada Basyar Assad turut serta berada di dalam konvoi tersebut atau tidak (tidak ada yang tahu secara pasti tentang kewujudan mahupun keadaan Assad yang sebenarnya. Mujahidin di Lattakia juga sedang memburu Assad).

Rakyat Syria yang menetap di Damaskus dan aktivis pembangkang Syria mengatakan bahawa sememangnya ada pengeboman berhampiran kediaman Presiden Basyar Assad. Penduduk di daerah Malki, yakni sebuah kawasan di mana Basyar Assad menetap dan bekerja, menegaskan bahawa wujudnya serangan di kawasan tersebut.

Pada masa ini, kawasan Basyar Assad sedang dilanda serangan hebat oleh tentera Mujahidin. Mujahidin FSA telah mendapatkan maklumat tentang perancangan aktiviti sambutan Hari Raya Basyar Assad. Awal pagi kelmarin semasa Basyar Assad bersama tentera-tenteranya dalam perjalanan ke kubu mereka, Mujahidin FSA telah menyerang lokasi mereka dengan serangan bom dan peluru berpandu. Mujahidin telah mengebom kawasan kedudukan Basyar Assad berserta konco-konconya menggunakan kereta yang diisi dengan bahan letupan. Buat masa sekarang ini, apa yang dapat dipastikan bahawa ramai ketua-ketua kepada konco-konco Basyar Assad telah terbunuh. Berita besar sedang dinantikan buat masa ini. Insya-Allah mereka akan dapat membunuh Basyar Assad.

Dan mengenai video Basyar Assad bersolat aidilfitri yang disiarkan itu, sebenarnya merupakan video lama yakni rakaman sekitar dua tahun lalu ketika revolusi baru dimulai. Namun begitu, media memperbaharui video tersebut dengan menyatakan sebagai rakaman tahun 2013.

Jadi, adakah betul memang terjadinya serangan ke atas konvoi-konvoi kereta rejim dan tepat mengenai sasarannya? Namun belum dapat dipastikan adakah Basyar Assad sedang berada di dalam konvoi tersebut ataupun tidak. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger