Searching...

Amerika Mahu Menyerang Syria Kerana Penembak Tepat Assad Menggagalkan Usaha Pasukan Penyiasat PBB?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kini Amerika sedang mempertimbangkan untuk menyerang rejim Syiah Assad di Syria selepas rejim Assad melintasi semua garis merah (had undang-undang antarabangsa) yang telah ditetapkan Amerika. Kenapa? Rejim Assad telah melintasi had tersebut beberapa kali, dan meletakkan Amerika dalam tekanan antarabangsa dengan memalukan mereka dihadapan 'New World Order'.

Tetapi, tidak berapa pasti sejauh mana kebenaran bagi berita mereka di atas. Oleh itu, rujuk berita terkini yang dilakukan oleh rejim Assad terhadap pasukan pemerhati antarabangsa:


Pada Isnin lepas, organisasi PBB menegaskan bahawa pasukan penyiasat berusaha mengumpulkan maklumat dan bukti bagi mengesahkan kebenaran mengenai pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh puak-puak rejim Assad berkaitan dengan penggunaan senjata kimia sama ada sahih atau tidak, berhubung dengan insiden di wilayah Ghouta pada penghujung minggu lepas.

Empat hari selepas serangan senjata kimia tersebut berlaku, pihak rejim Assad membenarkan pasukan penyelidik antarabangsa PBB pergi ke Ghouta untuk menyelidik mengenai serangan tersebut.


Namun beberapa penembak tepat (sniper) rejim Assad terus melepaskan tembakan ke arah mereka (pasukan penyelidik dan pemerhati antarabangsa) dari arah yang tidak dapat dikenalpasti bertujuan untuk menggagalkan usaha mereka (pasukan penyelidik dan pemerhati) mendapatkan kebenaran sebenar pelaku bagi serangan senjata kimia.

Setelah beberapa kali mereka (pasukan penyelidik dan pemerhati) mencuba untuk masuk ke kawasan tersebut bagi mengumpulkan bukti, akhirnya pasukan penyiasat PBB menegaskan bahawa terdapat serangan bom kimia yang berlaku di daerah Ghouta yang didalangi oleh puak-puak rejim Assad. 

Sehubungan itu, kini Amerika mengatakan bahawa mereka sedang mempertimbangkan langkah mereka untuk bertindak dan menyerang ke atas rejim Assad sebagai hukuman atas tindakan mereka (puak-puak rejim Assad) yang melanggar undang-undang antarabangsa.


TV Syria (pro Assad) yang kaki fitnah ada mengeluarkan kenyataannya: "Pengganas tidak mahu komuniti antarabangsa tahu perkara sebenar. Pengganas menggunakan senjata kimia yang dibuat di Arab Saudi dan menggunakannya terhadap keluarga mereka sendiri. Oleh itu, mereka cuba menembak pemerhati antarabangsa untuk menahan mereka dari menjalankan tugas".


P/S: Nanti keluar pula berita kenyataan mengenai siapakah penembak tepat yang melepaskan tembakan ke arah pasukan penyelidik dan pemerhati antarabangsa itu? Dan jawapan untuk menutup kebenaran yang berlaku adalah dengan menuduh pemberontak (pejuang FSA) yang melakukan tembakan tersebut. Manalah tahu.. Kot-kot.. 

Wallahua'lam. Sumber dari Al-Jazeera.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. mereka akan berpuashati bila tiada lagi islam.

    ReplyDelete
  2. wahai umat melayu islam... tolong sedar dn kajilah syiah dan komplot mereka dgn US israel utk menghancurkan islam. hanya org yg bodoh saja percaya syiah baik dan musuh US israel.
    .... kecuali anda memang syiah tegar yg sanggup mati dlm syiah demi memperjuangan pemimpin anda..Dajjal laknatullah

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger