Searching...

Bahayanya Sifat Buruk Sangka Telah Diceritakan Dalam Suatu Kisah Ulama' Sufi yang Terkenal Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seorang ulama' sufi terkenal yang bernama Hassan Al-Basri telah melalui satu detik pengalaman yang menginsafkan diri beliau tentang bahayanya sifat buruk sangka. Berikut adalah kisahnya yang perlu kita ambil iktibar dan pengajaran berkenaan dengan bahayanya sifat buruk sangka yang terjadi dalam tingkah laku diri beliau apabila berlaku secara beliau tidak sedari. 

Pada suatu hari, Hassan Al-Basri ternampak seorang pemuda yang sedang berasmara dengan seorang wanita di tepi Sungai Dajlah. Bersama pasangan yang kelihatan sedang asyik dilamun cinta monyet itu, terdapat sebotol arak di tepi pasangan tersebut. Hati kecil Hassan Al-Basri berbisik dengan perasaan ujubnya iaitu, "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"

Pada masa yang sama, Hassan Al-Basri melihat sebuah perahu yang berada tidak jauh dari tempat pasangan itu memadu asmara. Perahu itu mengandungi penumpang yang kelihatannya dipenuhi air dan hampir-hampir tenggelam.

Lelaki yang berasmara tadi itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan penumpang yang terdapat dalam perahu yang hampir tenggelam itu. Jumlah kesemua penumpang dalam perahu tersebut adalah sebanyak tujuh orang. Setelah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa perahu karam di dalam sungai, lelaki itu telah berjaya menyelamatkan enam orang, manakala seorang lagi masih belum diselamatkan.

Lelaki tersebut berada dalam situasi yang lemah longlai dan hampir tidak mampu lagi boleh berenang untuk menyelamatkan seorang lagi penumpang perahu karam itu. Dalam keadaan nafasnya yang tercungap-cungap setelah naik ke tebing, lelaki itu menghampiri Hassan Al-Basri.

Melihatkan wajah Hassan al-Basri, lelaki itu berkata, "Jika tuan memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi penumpang perahu yang hampir lemas di dalam sungai yang belum sempat saya selamatkan tadi. Tuan diminta untuk menyelamatkan satu orang sahaja, sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang dengan izin Allah."

Hassan Al-Basri tanpa berfikir panjang, dengan segera berusaha untuk membantu, tetapi beliau gagal menyelamatkan yang seorang sahaja mangsa perahu karam itu.

Dengan nada yang begitu kecewa, lelaki berkenaan menjelaskan kepada Hassan Al-Basri, "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanyalah berisi air biasa, bukannya arak. Ini hanya untuk menguji tuan."

Mendengarkan penjelasan itu, Hassan Al-Basri berkata, "Kalau begitu, sebagaimana kamu telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelamnya perahu karam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelamnya diri saya ke dalam kebanggaan dan kesombongan diri."

Hassan Al-Basri sedar bahawa beliau sebenarnya dilanda buruk sangka terhadap lelaki yang berdua-duan di tebing sungai tersebut. Tanpa mencari fakta dan kesahihan situasi sebenar, beliau telah membuat prasangka yang begitu keterlaluan. Bagaimanapun, setelah beliau menyedari akan prasangka buruk itu tadi, maka Hassan Al-Basri segera bertaubat dan berusaha memperbetulkan kesilapan dirinya dengan berdoa kepada Allah S.W.T.

Lelaki yang disangka buruk itu kemudiannya menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengkabulkan permintaan tuan." Sejak dari peristiwa buruk sangka itu, Hassan Al-Basri telah berubah. Beliau tidak lagi membuat prasangka buruk itu, dan beliau kini sentiasa bersangka baik dan sentiasa merendah diri. Dia sedar bahawa dirinya adalah manusia biasa yang tidak sempurna dan tidak lepas daripada membuat kesilapan dan dosa. 

Sekiranya anda mahukan tunjuk ajar untuk memperbaiki kelemahan anda agar tidak terjerumus dalam berprasangka buruk terhadap orang lain secara anda tidak sedari, maka silakan ke entri sebelumnya yang bertajuk, [Panduan Menjauhi Buruk Sangka yang Manusia Sering Kali Lupa Akan Kelakuannya Itu]. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. Jauhilah persangkaan kerana sebahagian besar dari persangkaan adalah dosa besar...

    ReplyDelete
  2. Ya, semoga kita dijauhkan daripada berprasangka buruk terhadap orang lain secara tidak sengaja...

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger