Searching...

Doa Orang Yahudi Menerusi Para Pendeta Mereka, Sedangkan Islam Terus Berhubungan Dengan Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kisah yang hendak saya ceritakan ini adalah mengenai seorang yang pada asalnya penganut agama Yahudi, dan kini telah memeluk agama Islam kerana terdapat kebenaran dan kesahihan disebalik agama Islam itu. Justeru, beliau juga ingin memdedahkan kekurangan dan kelemahan yang terdapat pada agama anutan puak-puak Yahudi dengan harapan agar dapat dijadikan iktibar pada kita semua dan seluruh umat manusia terutamanya golongan bukan Islam. Beliau juga berpendapat bahawa sebijak-bijak akal puak-puak Yahudi dalam mempengaruhi teknologi, ekonomi dan budaya barat mereka, namun masih terdapat kelemahan dan kelonggaran dalam ajaran dan anutan kepercayaan puak-puak mereka. Berikut dapat saya ringkaskan mengenai kisahnya bagi memudahkan para pembaca sekalian membaca dan memahami kisah beliau berkenaan:

Pada tahun 1998, Joseph Cohen adalah seorang Yahudi Ortodoks kelahiran Amerika yang berhijrah ke Israel kerana keyakinannya yang sangat kuat pada ajaran Yudaisme. Beliau kemudiannya tinggal di kawasan penempatan Yahudi Gush Qatif di Gaza yang mana pada masa itu, Israel berundur dari wilayah Jalur Gaza pada tahun 2005.

Cohen tidak pernah terfikir bahawa perpindahannya ke Israel itu, sedikit sebanyak dapat membawanya kepada cahaya Islam. Setelah tiga tahun beliau menetap di Gaza, Cohen memutuskan untuk menjadi seorang Muslim sejati setelah beliau bertemu dengan seorang syeikh yang berasal dari negara Emiriah Arab Bersatu dan berbincang mengenai teologi dengan syeikh tersebut menerusi internet. Setelah beliau memeluk agama Islam, Cohen menggantikan namanya dengan nama Islam, Yousef al-Khattab.

Tidak lama setelah beliau mengucapkan kalimah syahadah, isteri dan empat anak Yousef mengikuti jejaknya menjadi seorang Muslim. Sekarang, Yousef al-Khattab aktif berdakwah di dalam kalangan orang-orang Yahudi, meskipun beliau sendiri tidak diakui lagi oleh keluarganya yang tidak suka melihat beliau memeluk agama Islam.

"Saya sudah tidak berhubung lagi dengan keluarga saya. Kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan, tetapi pihak keluarga saya adalah Yahudi yang sebetul-betul keyahudiannya (Yahudi totok). Kami tidak mempunyai pilihan yang lain, selain memutuskan hubungan untuk sementara waktu ini. Kata-kata terakhir yang telah mereka lontarkan kepada saya, mereka berkata bahawa saya ini adalah biadab," tutur Yousef tentang hubungan beliau dengan keluarganya sekarang.

Ia mengakui, berdakwah menyebarkan Islam dalam kalangan orang-orang Yahudi bukan pekerjaan mudah. Menurutnya, pertama kali yang harus dilakukan untuk mendorong mereka mengenali Islam adalah, bahawa hanya ada satu manhaj (pegangan) dalam Islam iaitu manhaj Ahli Sunnah Waal Jamaah yang dibawa oleh Rasululullah S.A.W yakni As-Sunnah yang kemudian diteruskan oleh golongan Sahabat-sahabatnya, seterusnya Tabi'in dan Tabi' Tabi'in sehinggalah berterusan sampai sekarang.

"Cara yang paling baik untuk membuktikan bahawa Islam merupakan agama bagi semua umat manusia adalah dengan memberikan penjelasan berdasarkan dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Qur'an dan mengingatkannya bahawa yang membezakan antara umat manusia adalah ketaqwaannya pada Allah S.W.T semata-mata," ujar Yousef.

"Islam bukan agama yang rasis. Kita mempunyai bukti-bukti yang sangat kukuh melalui firman Allah S.W.T dan juga sabda Nabi S.A.W. Kita berjuang bukan untuk membenci kaum kafir. Kita berjuang hanya demi menegakkan ketuhanan Allah semata-mata, untuk berjuang menentang mereka yang ingin membunuh kita, yang menjajah tanah air kita, yang menyebarkan kemungkaran dan menyebarkan ideologi Barat di negara kita, misalnya ideologi demokrasi (sekular)," sambung Yousef.

Yousef juga ada mengatakan bahawa asas ajaran agama Yahudi sangat berbeza dengan ajaran agama Islam. Perbezaan utama mengenainya adalah dalam masalah Tauhid. Kata Yousef, "Agama Yahudi menyuruh penganutnya mempercayai pada perantara dan perantara mereka adalah para pendeta mereka. Oleh itu, orang-orang Yahudi berdoa melalui perantaraan pendeta-pendeta mereka."

"Yudaisme adalah kepercayaan yang berasaskan pada manusia. Berbeza dengan Islam, agama yang berasaskan pada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Dan keyakinan pada Islam tidak akan pernah luntur mahupun berubah. Al-Qur'an yang kita dengarkan di setiap masjid dari segenap pelosok dunia adalah Al-Qur'an yang sama," ujar Yousef.

Lebih lanjut lagi, beliau ada mengatakan bahawa Yahudisme di pihak lain bertaraf pada "tradisi lisan", misalnya kitab Talmud yang disusun berdasarkan maklumat dari mulut ke mulut yang kemudiannya dibukukan. kata Yousef, "Para pendeta sendiri mengakui, banyak perkara yang orang telah lupakan boleh sahaja ditokok tambah sehingga kesahihan kitab tersebut boleh dipertikaikan."

Yousef berkata, "Kitab Taurat yang diyakini kaum Yahudi sekarang memiliki sebelas versi yang berbeza dan naskhah-naskhah Taurat itu bukan lagi naskhah yang asli." "Alhamdulillah, Allah S.W.T telah memberikan rahmat kepada kita semua dengan agama yang begitu mudah untuk dianuti, dipelajari, difahami dan dihayati, di mana ramai orang yang boleh menghafal Al-Qur'an dari generasi ke generasi. Allah S.W.T memberkati kita semua dengan Al-Qur'an," jelas Yousef. Meskipun demikian, beliau begitu yakin bahawa berdialog merupakan pendekatan yang terbaik dalam berdakwah terutama dalam kalangan Yahudi.

Ditanya mengenai puak-puak Yahudi yang menuntut hak anti-Zionis. Yousef menjawab bahawa secara peribadinya mahupun dari pihak keagamaan, beliau tidak mempercayai puak-puak Yahudi yang menuntut anti-Zionis. "Dari sejarahnya sahaja, mereka adalah orang-orang yang selalu melanggar kata sepakat. Mereka membunuh para nabi, oleh sebab itulah saya tidak pernah mempercayai mereka, meskipun Islam selalu menyuruh kita bersikap baik pada mereka," jelasnya.

Yousef menegaskan bahawa kenyataannya itu bukanlah untuk membela orang-orang Palestin ataupun atas nama seorang Muslim. Kenyataannya itu merupakan pendapat peribadinya. "Allah Maha Mengetahui," tegasnya.

Sebagai salah seorang yang pernah menetap di kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin, Yousef mengakui adanya diskriminasi yang dilakukan oleh pemerintah Israel terhadap kaum Muslimin Palestin. Yousef sendiri pernah dipukul oleh tentera-tentera Israel meskipun tidak seburuk layanan tentera-tentera Zionis itu terhadap rakyat Palestin.

"Saya bernasib baik disebabkan penderitaan yang saya alami tidaklah seberat penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kita di Afghanistan yang kini berada di bawah penjajahan Amerika atau saudara-saudara kita yang berada di dalam penjara Amerika di Kuba (Guantanamo)," jelas beliau dengan penuh rasa kesyukuran.

Allah memberikan hidayah kepada umatnya, yang kadang kala dengan cara kita tidak terduga. Seperti yang dialami oleh Cohen atau Yousef yang mana beliau memeluk agama Islam setelah berpindah ke wilayah penempatan Israel di bumi Gaza. 

Wallahua'lam. Sumber dari Era Muslim.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger