Searching...

Gambar Ini Menceritakan Segala-galanya Terhadap Konspirasi yang Berlaku Di Mesir

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sangat menyedihkan apa yang terjadi terhadap saudara kita seIslam di Mesir, disebabkan oleh orang yang berkuasa di bawah kekuasaannya dalam sebuah tampuk pemerintahan menggunakan kuasanya dengan sekeras-kerasnya, sesuka hati, tanpa mempedulikan hak rakyat, menggunakan keegoan diri di dalam kediktatorannya dan mahu menjaga periuk nasinya (mementingkan pangkatnya). Justeru, orang yang berkuasa sebegini rela mengorbankan rakyatnya demi menjaga kepentingan diri dan orang-orang yang setaraf dengannya.

Kita sememangnya ingin tahu apa punca sebenarnya konflik di Mesir ini berlarutan sejak dari mula, sehingga sampai ke satu tahap yang kritikal di mana melibatkan kehilangan nyawa rakyat yang tidak bersalah. Jadi, saya pun cuba untuk mencari sumber di 'google search engine' tetapi tidak banyak yang saya jumpa tentang punca sebenarnya berlaku konspirasi sebegini. Tetapi syukur alhamdulillah, saya menjumpai satu gambar seperti di atas, sumbernya dari Facebook Fan Page Kedah Lanie. Gambar tersebut menceritakan segala-galanya terhadap konspirasi yang berlaku di Mesir.

Walaupun tidak berapa nak jelas mengenai konspirasi ini, tetapi sedikit sebanyak dapat kita ketahui dalam bentuk kronologi asal bermula dengan konflik di Mesir yang telah banyak melibatkan kehilangan nyawa rakyat yang tidak bersalah. Wartawan pun juga tidak ketinggalan turut terlibat sama dalam kehilangan nyawa dan mereka yang masih hidup tidak dibenarkan untuk membuat liputan di sana. Kita nampak ramai rakyat Mesir terbunuh disebabkan oleh tembakan 'Sniper' (penembak tepat) dari atas bangunan ketika situasi di sana dirakamkan dengan kamera handphone atau kamera peribadi. Mereka menemui ajal dengan begitu mengerikan, Semoga mereka tergolong dalam golongan orang yang mati syahid.

Yang lebih membimbangkan, maklumat yang didapati di Malaysia sangat terhad dan ada kalanya kurang tepat. Siaran TV juga seolah-olah hendak menudingkan jari terhadap kaum Muslimin pro Mursi sebagai golongan pesalah dalam krisis politik di Mesir. Al maklumlah, mereka beranggapan bahawa konflik di Mesir merupakan masalah politik dalaman, tetapi mereka tidak mengatakan kediktatoran pemerintah tentera yang menjadi punca berlakunya pertumpahan darah sebegini. Malah, mereka siap menayangkan sebuah gereja yang terbakar seolah-olah yang bersalah adalah rakyat Mesir yang pro Mursi sebagai punca berlakunya rusuhan di Mesir.

Seperti yang kita sedia maklum, rakyat Mesirlah yang menjadi mangsa kekejaman pengganas tentera pimpinan Al-Sisi. Buktinya, banyak rakaman video dan tangkapan gambar di sana dikongsikan secara meluas di alam maya menerusi blog-blog, laman web, laman kongsi video youtube dan laman sosial facebook. Ini adalah salah satu perkongsian klip video yang hendak diketengahkan kepada anda semua di bawah:


Sanggupkah kita membiarkan saudara kita seIslam (Ikhwanul Muslimin) disana menderita dan merana? Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger