Searching...

Gambaran Sedih Kanak-kanak Syria Ketika Menjelangnya Hari Raya AidilFitri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Apabila menjelang Hari Raya Pertama AidilFitri, kanak-kanak di Malaysia begitu bergembiranya mereka, kerana mereka dapat membayangkan makanan yang terhidang di atas meja makan pada pagi Hari Raya, pakaian baru untuk bersolat AidilFitri, berkumpul bersama keluarga-keluarga mereka dan bermain bersama kawan-kawan mereka.

Namun bagi kanak-kanak di Syria lain pula jadinya. Menjelang Hari Raya Pertama merupakan hari yang membuatkan mereka bersedih pilu kerana keperluan mereka untuk bergembira sememangnya tiada ataupun serba kekurangan. Mereka perlu melalui hari tersebut tanpa keluarga, tanpa makanan yang enak, tanpa pakaian baru, dan mereka selalu berada dalam dilema dan ketakutan.

Berikut adalah klip video di mana seorang kanak-kanak Syria yang comel bernama Huzaifah ditemuramah oleh seorang wartawan yang tidak mahu dikenali berhubung dengan persiapan menjelang Hari Raya AidilFitri. Temuramah tersebut bertempat di Talbisah, Homs:


Terjemahan bagi klip video di atas:

Wartawan: Huzaifah, bila Hari Raya AidilFitri?

Huzaifah: Esok.

Wartawan: Adakah kamu mempunyai buaian untuk bermain di tepi jalan berhampiran dengan rumah kamu? (Bila menjelangnya Hari Raya, pada kebiasaannya kanak-kanak Syria dipakaikan oleh ibu-ibu mereka dengan baju-baju baru dan beg kecil yang cantik lalu pergi bersama kawan-kawan mereka ke taman permainan yang penuh dengan buaian, gelongsor dan permainan lainnya berhampiran dengan rumah mereka yang disediakan oleh penduduk taman perumahan khasnya di Hari Raya AidilFitri dan AidilAdha.

Huzaifah: Tidak (Dengan perasaan sedih).

Wartawan: Kenapa?

Huzaifah: Aku tidak tahu.

Wartawan: Adakah mereka menyerangnya dengan bom?"

Huzaifah: Ya.

Wartawan: Di mana mereka mengebomnya?

Huzaifah: Di sana.

Wartawan: Jadi, adakah mereka memberikan buaian baru untuk kamu?

Huzaifah: Tidak.

Wartawan: Adakah kamu mahu saya meletakkan satu buaian baru untuk kamu?

Tak semena-mena, kanak-kanak lain yang berada di sekeliling wartawan dan Huzaifah menjawab: Ya. Nak! Nak!

Meskipun telah banyak mereka lalui detik-detik berhadapan dengan serangan roket, bom dan desingan peluru, namun kanak-kanak Syria tetap juga ingin bergembira dan bermain-main bersama kawan-kawan mereka di Hari Raya AidilFitri seperti mana kanak-kanak Muslim yang lainnya di seluruh dunia. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger