Searching...

Ghouta Merupakan Kawasan Benteng Kemenangan Kaum Muslimin Di Damaskus

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ghouta di Damaskus adalah suatu kawasan yang menjadi saksi kekejaman rejim Assad yang menggunakan senjata kimia untuk membunuh 2000 lebih penduduk Syria secara senyap dalam masa sehari semalaman pada kelmarin lepas. Kejadian tersebut berlaku mungkin disebabkan pihak musuh (rejim Assad) mengetahui bahawa di kawasan tersebut yang bernama Ghouta merupakan benteng paling kuat umat Islam Ahlussunnah dalam pertempuran pada masa hadapan berdasarkan dalam hadis Rasulullah S.A.W dalam hadis-hadis shahih mengenai keutamaan di bumi Syam:


Damaskus Adalah Ibu Negara Syam (Syria), Manakala Ghouta Adalah Tempat Terbaik Di Dalamnya.
  • Salah seorang sahabat Rasulullah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Syam akan terbuka untuk kamu. Jika kamu diberi pilihan tempat tinggal, maka pilihlah tempat tinggal di kota yang bernama Damaskus. Ia adalah benteng Muslimin dari pertempuran dan kekuatan mereka bersumber dari sana di tempat yang bernama Ghouta." [Hadis Riwayat Ahmad no. 17470].

Kekuatan Kaum Muslimin Terdapat Di Damaskus.
  • Abu Darda' berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya kekuatan kaum Muslimin pada masa itu berada di Ghouta, di dalam kota yang bernama Damaskus yang paling terbaik di negeri Syam." [Hadis Riwayat Abu Daud no. 4300].

Damaskus Adalah Markas Tentera Allah S.W.T Di Muka Bumi.
  1. "Benteng kaum muslimin akan berada di Ghouta yang mana ianya berada di antara kota-kota terbaik di Syam." [Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad].
  2. Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Jika terjadi pertempuran besar, maka Allah mengutuskan utusannya dari pelbagai lapisan masyarakat, mereka memiliki kuda terbaik dan senjata perang terhebat, dan Allah mengkukuhkan agama ini dengan mereka." [Hadis Riwayat Ibnu Majah no. 4080].

Dilaporkan bahawa terdapat lebih daripada 15 kereta kebal dekat kawasan Al-Abbasiyyin, serta sejumlah kenderaan yang penuh berisi syabihah (kaki tangan rejim Assad). Di kawasan Ghouta Gharbiyyah, kota kecil Mu'adhamiyyah Asy-Syam diserang dengan 17 serangan roket yang bermuatan peledak senjata kimia, sekaligus serangan kereta kebal dilancarkan. 

Syaikh Ahmad Musa Jibril Hafidzahullah mengatakan: "Setelah pembunuhan mengerikan yang terjadi pada hari Rabu kelmarin (minggu lepas), semoga Allah menjadikan Ghouta sebagai benteng kemenangan bagi kaum muslimin!" 

Berikut disertakan klip video mengenai tragedi dan akibat daripada serangan senjata kimia yang di lancarkan oleh puak-puak rejim Assad terhadap penduduk awam di Damaskus:

Seluruh keluarga terbunuh disebabkan senjata kimia:

Kanak-kanak bertarung nyawa saat-saat kematian:

Kanak-kanak yang terbunuh:

Mangsa-mangsa dan ikhtiar para pekerja pegawai perubatan:

Usaha menolong seorang budak kecil di hospital lapangan: http://youtu.be/dsI4tWQbjps | https://youtu.be/RIcOHAzbdO0

Doktor yang menolong mendapatkan pertolongan cemas: http://youtu.be/9UU_uONafGE

Berbelas-belas mangsa penduduk awam:


Pengebumian rakyat awam di Zamallaka: http://youtu.be/0SSl40wOQ-U | http://youtu.be/0vSLFE4W0nw

Pemandangan di Ain Tarma: http://youtu.be/c00e7Lqix0k

Serangan di Ain Tarma: http://youtu.be/l96_ul_IhGY


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger