Searching...

[HIKMAH] Balasan yang Tidak Diduga Bagi Si Pelaku Zalim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sebagaimana Allah S.W.T telah memberikan rezeki dan kemudahan dari arah yang tidak disangka-sangka terjadi pada orang-orang yang beriman lagi bertaqwa (si pelaku amal sholeh). Bahkan kadang-kala pula Allah S.W.T membalas perbuatan si pelaku zalim dari arah yang tidak diduga.

Imbas kembali mengenai sejarah kehidupan di zaman Fir'aun, di mana Fir'aun yang telah berusaha sedaya-upaya menutup kesemua pintu takdir yang boleh menyebabkan takhta kerajaan yang dimilikinya akan lenyap dengan sekelip mata di tangan Nabi Musa, yakni dengan membunuh kesemua kanak-kanak yang dibimbanginya akan meruntuhkan takhtanya pada suatu hari nanti. 

Namun begitu terbukti bahawa Fir'aunlah yang telah menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dia tidak menyangka bahawa kanak-kanak itu adalah Nabi Musa A.S, dengan membela Nabi Musa sehingga dewasa. Fir'aun juga tidak menyedari bahawa Nabi Musa yang selama ini dibesarkan di dalam istananya merupakan seseorang yang akan meruntuhkan takhtanya. Allah S.W.T berfirman:

وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحْزَنِي

 إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ (7) فَالْتَقَطَهُ آلُ فِرْعَوْنَ لِيَكُونَ لَهُمْ عَدُوّاً وَحَزَناً إِنَّ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ

 وَجُنُودَهُمَا كَانُوا خَاطِئِينَ (8) وَقَالَتِ امْرَأَتُ فِرْعَوْنَ قُرَّتُ عَيْنٍ لِّي وَلَكَ لَا تَقْتُلُوهُ عَسَى أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ 

(9) وَلَداً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Maksudnya: Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susukanlah dia"; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke sungai (Nil); dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; Sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami (7)Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah (8)Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: "Semoga ia menjadi cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya) (9). [Surah Al-Qasas ayat 7-9].

Dengan itu, berhati-hatilah. Jangan sampai kita menzalimi orang lain apatah lagi selepas kita menzalimi seseorang, kita merasa aman daripada hukuman dan balasan Allah S.W.T. Na'uzubillahiminzalik. Begitu gelapnya hati bagi si pelaku kezaliman itu. Dan balasannya akan menimpa kepada si pelaku kezaliman tersebut sama ada cepat atau lambat. Bahkan boleh terjadi dari arah yang tidak disangka-sangkanya pula.


Allah S.W.T Berkuasa Mencabut Semula Kurniaan-Nya.

Allah S.W.T berkuasa mencabut semula apa jua kurniaan-Nya daripada makhluk-Nya itu. Kesholehan telah dicabut daripada jin Azazil sehingga dia menjadi iblis. Sesiapa yang menyangka kebaikan dan kelebihan yang ada padanya sebagai hak mutlaknya, dan dia lupa terhadap kurniaan Allah S.W.T, maka sesungguhnya orang itu telah menanti masanya untuk menerima kemurkaan daripada Allah S.W.T. Sekiranya Allah S.W.T mengasihani seseorang hamba itu, maka Dia akan meletakkan sesuatu kelemahan terhadap hamba-Nya tersebut.


Hikmah Allah S.W.T Meletakkan Sesuatu Kelemahan Terhadap Hamba-Nya Itu.

Kelemahan itu sentiasa membayangi seseorang untuk memperingatkannya berkenaan dengan tarafnya sebagai hamba Allah S.W.T yang sentiasa berhajat kepada-Nya. Nabi Muhammad S.A.W. dipertemukan dengan kelemahan baginda S.A.W dalam membuatkan bapa saudara baginda, Abu Talib mengucapkan dua kalimah syahadah. Nabi Nuh A.S dipertemukan dengan kelemahan dalam memujuk isteri dan anaknya supaya ikut menaiki bahteranya. Orang kaya dipertemukan dengan kelemahan penyakit yang dihidapinya tidak mampu diubati dengan segala harta yang dimilikinya. Orang yang diberi kelebihan tertentu akan dipertemukan dengan kelemahan mendapatkan sesuatu yang betul-betul diingininya. Setiap orang mempunyai kelemahan yang tidak mungkin dia dapat mengatasi kelemahan itu, melainkan dengan izin Allah S.W.T. Namun demikian, ia merupakan rahmat bagi memelihara kehambaan seseorang terhadap Sang Pencipta diri seseorang itu. 

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger