Searching...

Jeneral Al-Sisi Membunuh Ahli Keluarga Sendiri Dan Tahanan Dalam Penjara

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pendedahan daripada salah seorang ahli keluarga Jeneral Al-Sisi mengenai kekejaman yang dilakukan oleh puak-puak tentera Mesir. Jeneral Fattah Al-Sisi dikritik oleh ahli keluarganya sendiri disebabkan kematian salah seorang saudaranya dalam pembunuhan beramai-ramai di Rabitul Adawiyah baru-baru ini. Hazem Lutfi Abdul Aziz Abdul Rahman Al-Sisi muncul di dalam klip video berikut: 


Beliau mengecam tindakan Jeneral Al-Sisi berikutan kematian adiknya, Khalid Lutfi Al-Sisi yang telah terbunuh semasa serbuan dilakukan oleh tentera Mesir dan pegawai keselamatan terhadap anti rampasan kuasa (kudeta) pada hari Rabu yang lalu.

Hazem berkata bahawa beliau memulaukan dirinya daripada menjadi keluarga Jeneral Al-Sisi serta menggelarkan Jeneral Al-Sisi sebagai pembunuh dan pengkhianat kepada segala-galanya. Beliau mengatakan lagi bahawa beliau yakin Jeneral Al-Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim akan diberi hukuman sewajarnya atas tindakan mereka walaupun keadilan akan muncul lambat-laun lagi. 

Beliau membuat kesimpulan yakni dengan mengharapkan kepada Tuhan agar beliau dan semua orang yang menjadi mangsa kekejaman Jeneral Al-Sisi akan dikurniakan kesabaran dengan beranggapan bahawa Jeneral Al-Sisi tidak akan terlepas daripada dikenakan hukuman di akhirat kelak hatta di dunia sekalipun. Hazem juga menegaskan bahawa rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dalam menuntut hak mereka.

Sumber: MiddleEastMonitor / Mesirkini.


Rakyat Mesir Dibunuh Di Dalam Penjara


Dr. Alaa Assodiq yakni seorang penganalisis sukan Mesir yang tersohor dan pro Mursi mengatakan bahawa beliau mendapat maklumat mengenai arahan daripada Jeneral Al-Sisi agar membunuh penyokong Mursi di Lokap dan di penjara.

Dr. Alaa mengatakan lagi, setelah dunia mengutuk pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Al-Sisi terhadap rakyat Mesir di jalan raya, maka Jeneral Al-Sisi mengarahkan kepada anak buahnya agar mengurangkan aktiviti pembunuhan di jalan raya, sebaliknya Jeneral Al-Sisi menyuruh anak buahnya menangkap rakyat Mesir yang pro Mursi untuk dijadikan tahanan dalam penjara dan lokap, lalu dibunuhnya di dalam penjara dan lokap. 

Sumber: Ikhwan online.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger