Searching...

[KEMASKINI] Antara Realiti Dan Fantasi, Mana Satu Anda Percaya?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Realiti... 

Rejim Assad mempunyai hampir 700 ton senjata kimia, dengan berkuantiti yang sedemikian, mampu menghasilkan hampir 2500 peluru berpandu artileri dan 100 kepala peledak senjata kimia untuk dipasang pada peluru berpandu Scud, sudah cukup untuk memusnahkan populasi seluruh Damaskus, Homs, Hama, dan Aleppo. 

Sekurang-kurangnya 300 orang pekerja terlibat dalam program pembangunan senjata kimia di Syria merangkumi sebahagian besar pekerja yang berlatarbelakangkan Syiah Alawiyah. Mereka bekerja dengan penuh rahsia, pemantauan dilakukan secara terus menerus, dan tidak ada yang mengetahui tentang mereka bahkan pemimpin ketenteraan mahupun pihak kementerian. [Sumber dari Syrian Network for Human Rights].


Fantasi... 

Pihak tentera telah menemukan sebuah gua milik pemberontak di kawasan Jobar. Namun begitu, yang mengejutkan mereka pihak tentera mendapati banyak terdapat senjata-senjata kimia terutama gas Sarin buatan Arab Saudi.

Beberapa mayat pemberontak juga ditemui mati di dalam gua tersebut. Pemberontak menggunakan gas tersebut untuk membunuh wanita dan kanak-kanak demi menarik perhatian dan simpati dunia terhadap mereka. [Sumber berita dipetik dari TV Syria iaitu TV pro rejim Assad].

Gambar di atas adalah dari sebuah stesen TV di Iran (Mayadeen) pula sedang menyiarkan berita mengenai 'hero-hero' dari kalangan tentera Syria yang memasuki gua di mana kononnya pemberontak Muslim menyembunyikan tong-tong yang mengandungi bahan kimia yang dibuat dari Arab Saudi. Mereka menemui dua pemberontak yang mati di dalam gua tersebut disebabkan tersedut gas bahan kimia tersebut. 

P/S: Laporan berita yang dipetik dari TV Syria dan TV Iran di atas bertujuan untuk memfitnah pejuang pembebasan Syria (FSA) dan menutup kekejaman rejim Assad. Hakikat sebenarnya ialah:
  1. Tentera rejim Assad masih belum dapat memasuki kawasan Jobar, kerana kawasan tersebut masih lagi di bawah kekuasaan Mujahidin FSA. Kelmarin, FSA berjaya menembak jatuh dua buah pesawat pejuang milik rejim Assad di kawasan tersebut.
  2. Fakta telah mengatakan bahawa senjata atau bom kimia hendaklah disimpan di dalam satu ruangan khas dengan bantuan tenaga elektrik serta peralatan khas yang memadai di bawah tekanan udara dan suhu yang sesuai. Ianya tidak dapat disimpan sesuka hati di dalam gua seperti mana seseorang itu hendak menyembunyikan berjongkong-jongkong emasnya di dalam gua.
  3. Jika Mujahidin betul-betul memiliki senjata kimia, mengapa mereka perlu menyerang anggota keluarga mereka sendiri, tetapi tidak menyerang kawasan perkampungan Syiah atau kawasan milik rejim Syiah Assad? 
  4. Rejim Syiah Assad terus menggunakan nama Arab Saudi bertujuan untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam Ahlus Sunnah Waal Jama'ah.
  5. Kepada golongan Syiah, bahan kimia tersebut bukanlah sejenis asap debu dan bukan pula asap kenderaan mahupun asap jerebu! Sekurang-kurangnya bagi pelajar sekolah rendah yang belajar subjek sains pun tak percaya kalau gas beracun dalam gua itu ditapis dengan menggunakan topeng doktor bedah atau topeng penapis habuk jerebu jika dibandingkan dengan menggunakan topeng gas yang sebenarnya adalah tepat supaya pelajar-pelajar sekolah rendah tersebut boleh percaya pada cerita-cerita karut korang!
Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger