Searching...

Ketua Parlimen Palestin Mengatakan Bahawa Tragedi Di Mesir Merupakan Konspirasi Amerika Dan Zionis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dr. Ahmad Bahar yang merupakan wakil Ketua Parlimen Palestin menegaskan bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan konspirasi Amerika dan Zionisme yahudi untuk memusnahkan kekuatan Mesir yang merupakan kekuatan pertama terhebat di dunia Arab. Mereka ingin mengubahnya menjadi negara yang lumpuh dan lemah.

Dalam sidang akhbar semalam pada hari Khamis (15 Ogos 2013), Bahr menyampaikan keakrabannya kepada rakyat Mesir dan mengatakan, "Kami mengecam tindakan terhadap pembunuhan dan tindakan bersifat menindas yang melibatkan kehilangan nyawa dari kalangan rakyat awam. Kami juga mengecam tindakan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh pasukan unit keselamatan Mesir dalam melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah yang mana kesemuanya bertentangan dengan syariah agama dan undang-undang kemanusiaan." 

Rujuk entri lepas mengenai berita kekejaman anggota keselamatan menembak pro demokrasi yang bertajuk, [Subhanallah! Keprihatinan Ikhwanul Muslimin Terhadap Agama Dan Negara Melebihi Darah Mereka].

Bahr menegaskan, "Kekuatan Mesir merupakan kekuatan ummah dan kelemahan Mesir adalah kelemahan ummah."

Beliau juga menegaskan bahawa satu-satunya yang memperoleh keuntungan hasil daripada apa yang berlaku di Mesir adalah penjajah Zionis 'Israel' yang ingin mengasingkan peranan Mesir sebagai negara terhadapan di kawasan Timur Tengah.

Bahr menegaskan bahawa puak-puak Palestin mengecam tindakan tentera Mesir dan meminta kepadanya agar memihak dan membela kepada kepentingan bangsanya yakni bangsa Arab Mesir. Bahr meminta kepada Liga Arab, OIC, DK PBB untuk segera campur tangan dalam menghentikan pertumpahan darah di Mesir serta berusaha menamatkan krisis yang berlaku di Mesir agar dapat mewujudkan cita-cita dan aspirasi rakyat Mesir.

Sumber dari Era Muslim.


Ustaz Ahmad Jailani Mengulas Isu Di Mesir.

Klip video di bawah merupakan penerangan daripada Ustaz Ahmad Jailani yang mengatakan bahawa apa yang berlaku di Mesir bukanlah secara kebetulan tanpa dirancang dan ia juga mempunyai kaitan dengan campur tangan Zionis:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger