Searching...

Mari Mengenali Brigade Mujahidin Syria yang Bernama Liwa' At-Tauhid / لواء التوحيد

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Liwa' At-Tauhid ditubuhkan pada 16 Julai 2012 yang pada masa itu mempunyai 20 pasukan yang tersebar ke seluruh wilayah di Syria. Pada awalnya, ia dinamakan "Liwa' Pembebasan Utara" dan kebanyakan anggotanya merupakan anggota tentera yang berpaling tadah daripada rejim Basyar Assad. Di bawah Liwa' At-Tauhid, terdapat kelompok pasukan yang lebih kecil bekerja di Aleppo.

Beberapa hari selepas pertubuhan Liwa' At-Tauhid, pemimpinnya, Abdul Kadir Salih membuat keputusan untuk memasuki kota Aleppo yakni kota kedua terbesar di Syria selepas kota Damaskus. Dalam masa tiga minggu, Abdul Kadir Salih beserta pasukannya berjaya menawan 50% wilayah Aleppo. Pertempuran masih lagi berterusan dengan rejim Mafia Basyar Al-Assad untuk menawan saki-baki daerah di Aleppo daripada tangan rejim Assad.

Liwa' At-Tauhid mempunyai kira-kira 9000 orang Mujahidin di Aleppo. Selain mempunyai sebuah penjara untuk tahanan tentera Assad, rujuk entri lepas bertajuk, [FSA Telah Menubuhkan Sebuah Penjara Di Aleppo Untuk Para Banduan Assad], mereka juga mempunyai sebuah Mahkamah Syariah.


Fungsi Mahkamah Syariah:

  1. Mengadili tahanan (tentera rejim Assad yang ditangkap). Bahkan mereka mempunyai markas yang khusus untuk melakukan perbicaraan terhadap tahanan tentera Assad yang ditawan agar berpaling tadah daripada rejim Assad serta menerangkan secara terperinci cara mereka berpaling tadah (kerana jika mereka didapati masih bersekongkol dengan rejim Assad, maka mereka akan dilaksanakan hukuman bunuh di hadapan khalayak ramai).
  2. Mengawasi 9000 Mujahidin di Aleppo agar mereka mengikuti Syariah Islam dalam bermuamalah (bersosial) atau bertingkah laku mahupun dalam peperangan. 
  3. Menghentikan atau mendakwa sesiapapun yang berbuat jahat atau menyalahgunakan senjata.


Tanggungjawab lain: 

  • Berjaga dan mengawal di kawasan hospital, yakni lokasi yang sering menjadi sasaran rejim Assad. 
  • Melindungi tempat-tempat purba bersejarah agar tidak dimusnahkan oleh rejim Assad (Syria merupakan sebahagian daripada bumi Syam yang menyimpan banyak peninggalan sejarah mengenai peradaban Islam dan peradaban Romawi). 
  • Berjaga dan mengawal di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan markas rejim Assad.

Silakan mengunjungi facebook fan page dan website Liwa At-Tauhid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mereka:

Secara keseluruhannya, Pejuang dan Mujahidin di Syria bergabung dalam FSA (Free Syrian Army atau Jaysul Hurr). Dan FSA terbahagi kepada beberapa 'Front' yang masing-masing mempunyai berpuluh-puluh Brigade. Subhanallah! Betapa besarnya organisasi mereka.

Anggota FSA ada yang Syiah (yang berpaling tadah daripada rejim) dan ada pula yang Nashara (Kristian). Masing-masing terletak di dalam Brigade yang tersendiri dan bergerak dalam kepimpinan sendiri. Ada pula katiba gabungan di bawah pimpinan FSA yang terdiri daripada gabungan anggota FSA dan kumpulan-kumpulan Salafy seperti Jabhah Nusrah, Ahrar Sham, dan SILF serta Brigade-brigade Islam yang lainnya. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger