Searching...

Mujahidin FSA Telah Berjaya Memiliki Senjata Canggih Buatan Perancis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mujahidin FSA telah berjaya mengambil alih tiga tempat simpanan senjata tentera Assad di Damsyik. Secara mengejut, mereka telah menemukan senjata yang canggih dengan begitu banyak sekali. Antaranya ialah pelancar peluru berpandu anti kereta kebal jarak sederhana yang berjenama MILAN buatan Perancis. 

Perancis yang merupakan pengeluar senjata berjenama MILAN itu telah mengatakan bahawa senjatanya tidak dijual kepada Basyar Assad dengan alasan bahawa Basyar Assad merupakan seorang penjenayah. Mereka (Perancis) juga tidak mahu menjualnya kepada Mujahidin FSA kerana berkemungkinan senjata buatan Perancis itu digunakan untuk mengancam Israel.

Mujahidin FSA akan menganalisa nombor siri senjata tersebut untuk mengetahui bagaimana senjata canggih ini boleh sampai ke tangan tentera Assad. Selain itu, Mujahidin FSA juga akan cuba menjejaki identiti musuh yang membantu Basyar Assad selama ini.


Mujahidin Syria Telah Berjaya Merampas Sejumlah Besar Senjata Buatan Russia.

Sejak bermulanya revolusi, Mujahidin Liwa' Al-Islam di Homs, Syria hanya mempunyai 7 unit pelancar peluru berpandu buatan Russia berjenama Konkurs.

Alhamdulilah, hari ini selepas pertempuran sengit dengan tentera Assad dan Hizbussyaiton, mereka berjaya merampas sejumlah besar senjata dari tempat simpanan senjata milik tentera Syiah Assad itu.

Sebahagian daripada senjata tersebut ialah:
  • Peluru berpandu anti kereta kebal jenis 9M133 Kornet buatan Rusia.
  • Peluru berpandu 'berwayar' anti kereta kebal jenis 9M133 Konkurs buatan Russia, yakni senjata kedua terbaik untuk kategori senjata anti kereta kebal.
  • Peluru berpandu 'berwayar' anti kereta kebal jenis 9M111 Fagot buatan Russia.
  • Peluru berpandu anti kereta kebal separa automatik jenama MILAN buatan Perancis.
Kebanyakan senjata yang dirampas berasal dari Russia dipercayai tiba melalui sebuah tempat di Iran dengan menggunakan laluan udara di Iraq. Peluru berpandu jenis Konkurs yang berjaya dirampas di Syria ini merupakan replika senjata (tiruan) yang dibuat di Iran dengan menggunakan teknologi dari Russia, dipercayai bahawa Iran memang begitu menyokong tindakan ketenteraan Basyar Assad.

Berikut adalah sebahagian daripada klip video mujahidin yang telah berjaya mengambil alih tempat simpanan senjata yang begitu banyak mengandungi pelancar peluru berpandu anti kereta kebal:


Akan tetapi, masalah utama disini adalah senjata yang berteknologi tinggi buatan Perancis yang berjenama MILAN, bagaimana boleh sampai ke tangan tentera Basyar Assad? Seperti yang pihak Mujahidin sedia maklum, Perancis tidak pernah bersetuju untuk menjual peluru berpandu MILAN kepada mana-mana pihak di Syria, sekurang-kurangnya dengan secara rasmi. Bermakna ada pihak ketiga (golongan orang tengah) berasal dari Perancis juga yang membantu tentera Basyar Assad untuk mendapatkan senjata canggih ini.


Mujahidin Menggunakan Kereta Kebal Ghanimah.


Konvoi kereta kebal di Jabal Qasiyoun ini bukanlah pasukan sembarangan. Mereka adalah Mujahidin dari pasukan Brigade Liwa' Al-Islam yang kini sedang menuju ke Damaskus bergabung dengan Mujahidin FSA yang lain.

Mujahidin di beberapa wilayah sekarang sudah kelihatan menggunakan kereta kebal ghanimah (harta rapasan perang) untuk bertempur. Allahu akbar! Rujuk klip video berkenaan:


Ya Allah, lindungilah para Mujahidin dan turunkan malaikat-Mu untuk memudahkan segala urusan ketenteraan para Mujahidin berperang menegakkan agama-Mu dan menuntut keamanan di Syria agar mereka (Mujahidin) mudah memenangi dalam setiap peperangan menentang kuffar Syiah dengan mengarahkan dengan tepat ke sasaran musuh pada setiap senjata yang mereka (Mujahidin) guna. Amin.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger