Searching...

Rampasan Kuasa Oleh Tentera Terhadap Mursi Telah Mengubah Peta Politik di Timur Tengah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rusuhan politik dan huru-hara yang sedang berlaku di Mesir berserta rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap jawatan presiden yang dipegang oleh Muhammad Mursi sebulan yang lepas telah mencetuskan pelbagai reaksi di seluruh Negara-negara Timur Tengah.

Para pemerhati ada yang mengatakan bahawa reaksi tersebut berbeza-beza ketara dengan menunjukkan bahawa pergelutan antara kekuatan politik di wilayah tersebut masih terus menerus berlangsung. Pada masa yang sama, mereka mengatakan bahawa gejolak (turun naik) di Mesir akan mempengaruhi hubungan dengan negara-negara serantau yang lainnya secara keseluruhan.


Syria: Memiliki kesempatan untuk bernafas.

Syria pada hari Khamis semasa menyambut penggulingan Mursi dari jawatan presiden: 

Penganalisis politik ada yang mengatakan bahawa Mesir mengalami "pembalikan bersejarah secara mendalam" yang mencerminkan keadaan rakyat Mesir yang masih lagi ada sebahagiannya berpegang teguh hanya pada semangat nasionalisme Arabisme dan menolak nilai-nilai Islam dalam isu-isu kebangsaan mereka.

Pemerintahan Mursi termasuk dalam pemimpin Negara yang menyokong agar perubahan rejim harus dikenakan ke atas Syria. Para pemerhati mengatakan pada masa ini, pergolakan di Mesir sudah tentu akan memberikan kesan kurangnya tekanan dari luar terhadap kekejaman rejim Syiah di Syria.

Beberapa bulan lalu, Mursi mengumumkan bahawa beliau akan memutuskan hubungan dengan rejim Syria, termasuk hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu. Maklumat yang diperolehinya terbukti pemerintahan sementara Mesir yang disokong oleh tentera ini telah membuka kembali kedutaan Syria di Mesir tiga hari selepas Mursi digulingkan.


Turki: Hubungan dengan Mesir akan terancam.

Setelah penggulingan Presiden Mursi, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengadakan pertemuan selama tiga jam pada hari Khamis untuk menilai perkembangan lanjut di Mesir. Beliau juga berbincang dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dengan menekankan bahawa penggulingan presiden pilihan rakyat tidak boleh diterima.

Dianggap sebagai sekutu kuat Erdogan, Mursi dan Ikhwanul Muslimin menjalinkan hubungan rapat dengan pemerintah Turki. Erdogan dan Mursi berkongsi pandangan yang sama mengenai isu-isu serantau, termasuk mengetengahkan konflik Palestin-Israel tahun lalu dan menuntut penggulingan Presiden Syria Basyar al-Assad.

Penganalisis politik percaya bahawa pemecatan Mursi itu menimbulkan ketidakpastian hubungan di antara Turki dengan Mesir. Hubungan di antara kedua-dua negara itu akan mengalami perpecahan jika Ankara (sebuah bandar besar di Turkey) tidak mengakui pemerintah Mesir baru yang disokong oleh tentera.


Hamas: Keadaan dilema di antara Mesir dan Israel.

Gerakan Hamas, merujuk dirinya sebagai salah satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir, telah mendapat manfaat daripada pergolakan politik yang menggoncang Asia Barat dan Afrika Utara dalam tempoh dua tahun terakhir, dimana Ikhwanul Muslimin  sebagai induk (utama) gerakannya telah menguasai peta politik pasca pemberontakan musim semi Arab (Arab Spring).

Namun, Hamas yang menguasai lintasan Gaza yang berdekatan dengan Mesir, sangat dipengaruhi oleh perselisihan kekuasaan di Negara jirannya itu.

Mursi telah berulang kali menerima kunjungan para pemimpin Hamas di Cairo selama setahun terakhir, dan membuka gerbang Rafah di perbatasan antara Mesir dengan lintasan Gaza.

Tetapi pada awal bulan lepas, setelah rampasan kuasa berlaku, pasukan keamanan Mesir memperketat kawasan sempadan dan meruntuhkan terowong-terowong yang menuju ke Gaza atau sebaliknya, dan pihak tentera juga menutup perbatasan Rafah.

Para penganalisis politik ada yang mengatakan bahawa perubahan yang sedang berlangsung di Mesir ini tidak akan memberi manfaat kepada kepentingan bagi pihak Hamas atau lintasan Gaza dalam beberapa hari yang berikutnya nanti. 

Wallahua'lam. Sumber dari Era Muslim.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. Salam.


    Tuan minta tukar link. Blog tuan telah saya pautkan dlam blog sy http://revolusifikiran.blogspot.com dlm ruangan blog mcm2 ada.


    Salam aidil fitri wat saudara dn keluarga. Tkasih.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Salam aidilfitri juga buat saudara serta keluarga saudara juga. Link blog saudara sudah saya letakkan di bahagian bawah yang bertajuk, "Jom Terjah Blog Sahabat 2."

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger