Searching...

Rejim Assad Melancarkan Serangan Udara Ke Atas Bandar yang Baru Ditawan Oleh Mujahidin FSA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Aktivis melaporkan bahawa seramai 45 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara rejim Assad di Ariha iaitu sebuah bandar di wilayah Idlib pada 26 Ogos 2013, dan lebih 55 serangan udara telah dilancarkan yang mengakibatkan kemusnahan infrastruktur secara besar-besaran.

Berpuluh-puluh orang awam terbunuh di bawah runtuhan bangunan. Serangan rejim Assad datang sehari selepas pejuang FSA mengumumkan pengambil alihan kawalan bandar di Ariha.

Bom-bom dan bahan letupan telah digugurkan secara membuta-tuli di pinggir bandar oleh rejim Assad. Aktivis berkata, "Sehingga masa kini, kita perlukan bantuan perubatan dan teknikal segera untuk menyelamatkan orang-orang yang masih hidup di bawah bangunan runtuh akibat serangan bom."

Bandar ini telah ditawan oleh pejuang FSA semalam selepas seminggu pertempuran sengit berlangsung antara pihak rejim Assad dan pihak Mujahidin (dari batalion Ahrar al-Sham, Jabhat al-Nusra dan Suqoor al-Shab).

Para pemberontak yang dikatakan mujahidin itu juga telah menangkap pusat pemeriksaan tentera pertahanan pro-Assad di bandar tersebut.

"Konflik Syria bermula sejak Mac 2011 di mana sebahagian besarnya merupakan protes aman terhadap pemerintahan Basyar Assad. Ia kemudiannya telah meningkat ke peperangan saudara selepas penyokong pembangkang mengangkat senjata untuk melawan tindakan kejam pihak rejim Assad yang membunuh kanak-kanak dan para demonstran.

Lebih daripada 200,000 orang telah terbunuh dalam konflik tersebut, menurut hak asasi manusia Syria NGO dan 1.7 juta Syria, termasuk satu juta kanak-kanak terpaksa melarikan diri ke negara-negara jiran", kata PBB.

Sumbernya dapat dari sini.


Berikut adalah klip video serangan-serangan bom yang dilancarkan oleh rejim Assad sepanjang hari semalam pada 25 Ogos 2013:

1. Di Idlib, rejim Assad menyerang kawasan penduduk dengan bom tong (barrel):



2. Di Daraa, rejim Assad menyerang kawasan penduduk dengan pesawat tempur MIG:



3. Di Joubar, Damaskus. Rejim Assad menyerang menggunakan serangan roket ke kawasan penduduk di Joubar sebagai langkah usaha mereka untuk menawan kawasan tersebut dari pihak Mujahidin (Kita perlu tahu bahawa sehingga kini, rejim Assad masih belum boleh memasuki kawasan Joubar. Sebab itulah mereka terus menyerang kawasan tersebut melalui serangan udara):



4. Di Duma, Damaskus. Rejim Assad melancarkan serangan artileri ke kawasan penduduk awam:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger