Searching...

Roket yang Dikatakan Senjata Kimia Itu Telah Membunuh Penduduk Awam Seramai 2200 Orang!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jumlah penduduk awam yang terbunuh akibat daripada serangan senjata kimia oleh rejim Assad ke kawasan-kawasan pinggir kota Damaskus telah mencapai angka 2200 orang, dengan jumlah yang paling ramai adalah dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

Dilaporkan bahawa rejim Assad mula melancarkan serangannya menggunakan roket yang dikatakan senjata kimia itu yang boleh mengeluarkan gas beracun pada malam dini hari kelmarin ketika semua penduduk awam sedang nyenyak tidur. Rujuk klip video berkenaan, yang diwar-warkan bahawa peluru roket itu merupakan senjata kimia:


Roket yang mengandungi bahan kimia beracun itu dipercayai telah dilancarkan oleh rejim Assad ke kawasan sekitar penduduk awam. Roket tersebut dipercayai boleh menyebarkan gas beracun dalam jarak sekitar 100 meter, dan telah membuatkan semua penduduk awam yang berada disekitarnya mati, termasuk wanita dan kanak-kanak yang berada di dalam bangunan mahupun di dalam rumah. Haiwan-haiwan yang berada disekitarnya seperti kucing, anjing dan burung yang berterbangan turut sama mati. Bahkan rumput yang tadinya kelihatan hijau subur juga turut ikut mati dalam keadaan layu kekuningan! Manusia dan haiwan yang mati tiada sedikit pun meninggalkan kesan luka pada tubuhnya.

Ramai penduduk yang tidak menyedari akan serangan gas beracun itu hingga menyebabkan mereka terjaga daripada tidurnya dalam keadaan sesak nafas lalu meninggal dunia. Malah, doktor-doktor yang menjalankan tanggungjawabnya turut sama satu persatu meninggal dunia akibat terhidu dan terkena gas beracun tersebut.

Namun demikian, selepas semuanya terjadi, pemimpin-pemimpin dunia dengan perasaan dukacita, mereka pun berkata dengan nada yang penuh kekecewaan terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Mereka akan bertemu, mereka akan mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan yang dilakukan, mereka akan meminta Basyar Assad untuk segera berhenti daripada menggunakan senjata kimia. 


Ban Ki Mon akan menunjukkan kesedihan dan kebimbangannya, Obama akan mengarahkan setiausahanya untuk membincangkan siapa agaknya yang menggunakan senjata ini sebelum membuat keputusan, kemudian mereka menghantarkan beberapa topeng gas (anti gas beracun). Itu saja sandiwara yang mereka lakukan! 

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger