Searching...

Sedarlah Bahawa Kita Sebenarnya Tidak Begitu Mesra Terhadap Allah S.W.T

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sedarlah bahawa kita sebenarnya tidak begitu mesra dengan cara hidup Islam. Lebih tepat lagi jika kita bahasakan diri kita ini tidak mesra terhadap Allah S.W.T. Maksud tidak mesra tersebut ialah setiap hari, masa kita banyak dihabiskan dengan hal-hal duniawi. Kita sangat menjaga rukun Islam yakni solat dan puasa, tetapi kita tidak menjaga kehidupan kita yang berada di luar ibadah tersebut. Kenapa? Selepas aktiviti solat dan puasa, masa kita begitu panjang. Masa itulah yang sering kali kita penuhi dengan hal-hal duniawi. Walaupun kita dapat membuat amal kebaikan pada masa itu, kadang-kadang amal kebaikan itu berlaku secara kebetulan sahaja, secara tidak diduga dan tidak dirancang bahawa perkara itu akan berlaku. Itu pun kalau kita mahu lakukan.

Sesetengah orang tidak mahu melakukan amal kebaikan sekalipun diberi peluang untuk lakukan perkara tersebut. Bagi orang yang mahu melakukan amal kebaikan, kebaikan yang dibuatnya adalah tanpa dirancang mahupun dipaksa. Contohnya, selepas solat subuh kita pun keluar mencari rezeki. Mungkin bagi sesetengah orang, waktu petang atau malam baru balik ke rumah semula. Kalau dia boleh buat amal yang baik sepanjang masa semenjak selepas solat subuh hingga sekarang, itu pun hanya kerana dia terjumpa seseorang. Maksudnya di sini, sewaktu berjalan dia terjumpa dengan orang yang susah, maka dia pun memberikan bantuan kepada orang susah itu. Oleh itu, dia memberi disebabkan orang yang susah itu meminta daripada dia. Sememangnya dia mendapat pahala, tetapi kebaikan itu tidak dirancang.

Sedangkan orang yang begitu mesra terhadap Allah S.W.T, sejak dia bangun dari tidur lagi, dia sudah berniat untuk membuat bermacam-macam amal kebaikan sehinggalah dia tidur semula apabila malam menjelma nanti. Selain itu, dia suka mencari pasal semata-mata untuk membuat amal kebaikan. Ertinya kebaikan itu sememangnya dirancang. Sejak dari bangun tidur lagi, dia sudah terfikir tentang apa kebaikan yang Allah suka, yang membuatkan dia berkeras hendak lakukan. 


Orang-orang soleh terdahulu terutamanya bagi mereka yang tidak ada kerja tetap, maka mereka pun keluar rumah untuk mencari-cari amal kebaikan yang hendak dilakukannya. Contohnya semasa mereka berjalan-jalan, mereka terjumpa sebuah rumah di mana tangganya hampir patah, maka mereka pun membetulkan tangga tersebut. Selain itu, apabila mereka ternampak pula atap rumah orang yang bocor, maka mereka pun meminta izin untuk membaik pulih atap tersebut. Jika mereka berada di kawasan masjid di mana kawasan di luar dan di dalamnya agak kotor, maka mereka pun akan membersihkan kawasan masjid tersebut. Mereka memang sudah merancang dan berniat untuk membuat sebanyak mungkin amal kebaikan. 

Bila berjalan-jalan lagi, mereka terjumpa orang yang sedang menanam pokok, maka mereka pun meminta izin untuk menebas rumput atau membubuh baja. Di tempat makan pula, mereka belanja orang makan. Begitulah kehidupan orang-orang soleh zaman dahulu. Mereka tidak mementingkan diri mereka sendiri hanya semata-mata pada harta dan tenaga, tetapi mereka mementingkan diri mereka sendiri hanya semata-mata kerana hendak mengejar amal kebaikan di mana mereka akan memperolehi ganjaran yang besar di akhirat kelak. Mereka sengaja 'mencari pasal' hanya semata-mata hendak mencari keredhaan Allah S.W.T dengan menolong orang yang dalam kesusahan, mengeratkan tali persaudaraan (silaturrahim), dan tidak lupa berdakwah sambil memberikan sumbangan dalam bentuk harta dan tenaga. Itulah orang yang mesra terhadap Allah S.W.T. Kebaikan itu sudah menjadi darah daging mereka. 

Bukan macam kita yang hanya berbuat baik pada waktu yang terhad di mana ketika kita terserempak ataupun terjumpa seseorang yang meminta, dan adakalanya pada masa itu 'mood' kita baik, maka kita pun menghulurkan sumbangan, itupun banyak dalam bentuk harta. Dalam bentuk tenaga macam mana pula? Kesimpulannya, betapa jauhnya perbezaan antara gaya hidup salafussoleh dengan kehidupan kita.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger