Searching...

Selepas Menawan Pangkalan Udara Menegh, Mujahidin Bersedia Menawan Pangkalan Udara Queris

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada dalam sekitar 26 buah pangkalan udara tentera rejim Assad di seluruh Syria jika dihitungkan. Alhamdulillah enam daripadanya telah pun berada di tangan Mujahidin. Sedangkan 11 buah yang lainnya telah musnah dengan begitu teruk sekali dan tidak boleh lagi digunakan. Sehingga kini, masih mempunyai saki baki lagi 9 buah pangkalan udara tentera di tangan rejim Assad yang perlu ditawan. 

Beberapa hari yang lepas, Mujahidin di Aleppo bergerak dari Menegh ke pangkalan udara Queris yang masih dikuasai rejim Assad di Aleppo dan merupakan pangkalan udara yang ke dua terbesar di Syria. Mujahidin mengelilingi pangkalan udara tersebut di segenap penjuru dan terus mencuba untuk membebaskan pangkalan udara tentera sebagaimana pangkalan udara tentera Menegh yang telah ditawan oleh Mujahidin pada malam ke 27 di bulan Ramadhan lalu. 

Tetapi terdapat satu sahaja masalah yakni Mujahidin tidak mempunyai senjata canggih yang cukup untuk melawan kekuatan tentera Syiah Assad yang memiliki senjata dari Russia, Iran dan Lebanon. Mujahidin hanya memiliki senjata seperti roket dan mortar yang mereka cipta sendiri dengan bahan seadanya.

Namun tentera Assad juga berada dalam kesusahan, kerana kedudukan mereka yang berada di tempat yang terdedah dengan ancaman dari luar kawasan itu mengakibatkan mereka tidak dapat bebas keluar masuk dari seluruh bahagian lapangan terbang Quires. Pangkalan udara Quires ini mengalami banyak kemusnahan, tapi masih boleh lagi digunakan. Satu-satunya cara tentera Assad mendapatkan bekalan makanan dan senjata dari luar adalah dengan menggunakan helikopter yang terus menghantarkan bantuan pada mereka setiap hari.

Tetapi sungguh malang buat tentera Assad adalah dalam tempoh satu minggu yakni Mujahidin Liwa' Abu Bakar telah menembak jatuh dua helikopter, membuatkan hidup tentera Syiah Assad bertambah sukar mengawal di pangkalan udara Quires ini.

Berikut adalah klip video mengenai rancangan Mujahidin untuk menawan pangkalan udara yang seterusnya iaitu pangkalan udara Quires:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger