Searching...

Serangan Bom Oleh Tentera Laknatullah Ke Atas Masjid Ketika Berlangsungnya Pengajian Ilmu-ilmu Agama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Beginilah yang terjadi pada saudari-saudari Muslimah kita di Syria pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Kejadian ini berlaku di Masjid Hamzah, Kota Anadan, Aleppo pada 30 Julai 2013.

Seperti hari-hari biasa, baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan-bulan yang lain, berpuluh-puluh wanita muslimah Syria berkumpul di dalam masjid untuk memperdengarkan pengajian ilmu-ilmu agama seperti Tafsir, Hadis, Fiqh dan Al-Qur'an.

Meskipun pembunuhan demi pembunuhan serta serangan-serangan yang dilakukan oleh rejim Syiah Assad tidak kira pada waktu siang mahupun malam pada setiap hari, namun semua itu tidak pernah melemahkan semangat kaum-kaum muslimah Syria untuk menyelami, menghayati serta memahami ayat-ayat Allah S.W.T dan hadis-hadis Nabi S.A.W.

Namun begitu, pada suatu hari, pertemuan mereka di dalam masjid sungguh berbeza daripada hari-hari kebelakangan ini bak kata pepatah, langit tidak selalunya cerah. Allah S.W.T telah mentakdirkan pertemuan mereka yang diberkati oleh Allah S.W.T itu bakal menjadi pertemuan yang kekal abadi di dalam rahmat Allah S.W.T. Insya-Allah. Sebuah pertemuan yang sebegitu indah buat selama-lamanya di dalam Syurga Allah.

Berpuluh-puluh kanak-kanak, gadis-gadis muslimah dan kaum-kaum wanita Syria yang sedang menghafal Al-Qur'an, mempelajari kitab Allah serta mengikuti majlis-majlis ilmu agama di dalam masjid tersebut diserang oleh tentera-tentera Syiah laknatullah dengan serangan bom.

Dalam beberapa saat, suara-suara kanak-kanak yang sedang sibuk menghafal ayat-ayat Allah itu berubah menjadi tangisan dan jeritan ketakutan.

Allah jualah yang menjadi saksi, bagaimana masjid yang telah melahirkan beratus-ratus penghafal Al-Qur'an dan ulama'-ulama' Syria kini musnah dihentam bom.

Allah jualah yang menjadi saksi, bagaimana tubuh-tubuh kanak-kanak yang sedang khusyuk menghadap kitab Allah (Al-Qur'an) dan tubuh-tubuh para muslimah yang sedang duduk mengikuti majlis-majlis ilmu agama itu hancur bersepai dimamah ledakan bom yang dahsyat itu.

Dan Allah jualah yang menjadi saksi, terhadap segala kekejaman yang dilakukan oleh orang-orang Syiah laknatullah terhadap kaum Muslimin di Syria. Maka dengan itu, Allah S.W.T akan menuntut bela atas segala perbuatan itu di akhirat kelak. Segala perbuatan yang telah dilakukan oleh puak-puak laknatullah ini, akan dibalas oleh Allah S.W.T berupa azab yang tidak terperi sakitnya buat selama-lamanya.

Firman Allah S.W.T:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُم مِّنْ عَذَابِهَا كَذَلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُورٍ

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ 

وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Maksudnya: "Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang secukupnya untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan." [Surah Al-Faathir ayat 36-37].

Saksikan klip video saat-saat Masjid Hamzah, Kota Anadan, Aleppo di bom oleh tentera Syiah laknatullah:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger