Searching...

Serangan Terbaru Senjata Kimia Oleh Rejim Assad Berupa Bom Api Dan Fosforus. Pulak Dah!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jaringan berita Syria melaporkan 12 orang terbunuh dan lima puluh yang lainnya cedera dalam pengeboman terbaru di bandar Orme al Kobra, pinggir bandar Aleppo.

Kapal terbang pengebom milik rejim Assad mengebom bandar dengan bom api (Napalm strike) dan bom fosforus. Kedua-dua bom ini dilarang penggunaannya di peringkat antarabangsa dan dianggap sebahagian daripada senjata kimia. Semua orang yang terkena serpihan letupan mempunyai kesan terbakar dan mengalami kecacatan pada kulit serta mengalami kesukaran untuk bernafas.

Rejim Assad terus mengebom pinggir bandar Damsyik (Damaskus) dan juga Aleppo. Manakala Mujahidin FSA berjaya mengambil alih dan mengawal di kawasan persempadanan tentera milik rejim Assad di Al Hamam, selatan Khanasser, kota Aleppo. 


Di Homs, Mujahidin FSA berjaya memusnahkan meriam milik tentera rejim yang berpaling tadah dari rejim Assad dan Mujahidin FSA juga berjaya mendapatkan ghanimah (harta rampasan perang) berupa beberapa senjata berat selepas pertempuran.

Sumber dari Al-Jazeera.


Berikut Adalah Sedikit Info Mengenai Bom Api (Napalm Strike) Dan Bom Fosforus:


Bom Api (Napalm Strike).

Merupakan campuran bahan petroleum, yang akan terbakar apabila bom tersebut meletup di darat. Cairan yang boleh membunuh ini berbentuk likat yang diletakkan di dalam cangkerang bom dan apabila meletup, maka akan tersebarlah nyalaan api ke serata arah. Bom ini sangat sesuai jika digunakan untuk mengebom pasukan darat yang bersembunyi di sebalik parit atau hutan. Orang yang terkena bom ini, kulitnya akan terbakar dan kecacatan pada kulitnya akan kelihatan kekal pada bahagian tubuh yang terkena serpihan letupan itu.


Bom Fosforus.

Fosforus putih akan menyebabkan cedera, malah boleh menyebabkan kematian melalui tiga cara iaitu melalui kebakaran pada kulit, melalui asap yang disedut, dan tertelan serpihan letupan bom tersebut.

Pada masa bom fosforus putih diletupkan, letupan bom tersebut akan kelihatan bercahaya seperti bunga api (fireworks) berwarna putih di ruang udara, namun bom tersebut akan terus meletup menjadi pecahan yang terkecil. Kesan pada seseorang yang terkena serpihan letupan bom tersebut:


1. Kulit akan terbakar secara meluas terus menerus sehingga ke dalam kulit.

Serpihan daripada letupan bom fosforus yang terkena pada kulit akan terus menerus membakar kulit hingga jauh ke dalam rangkaian tubuh sehingga kelihatan berlubang-lubang pada bahagian tubuh seseorang itu.


2. Persekitaran tercemar akibat daripada sisa-sisa bom Fosforus.

Serpihan api yang beracun ini akhirnya akan termati dengan sendiri dan tidak lagi membakar apabila sudah kekurangan oksigen sehingga ia menjadi serpihan debu. Namun begitu, serpihan debu fosforus ini akan mencemarkan ruangan udara, baik sumber air dan kawasan persekitaran. Udara, air dan tanaman akan tercemar dengan racun fosforus.

Apabila seseorang itu menghirup udara, meminum air dari sumber air dan makan makanan dari tanaman di mana telah tercemar akibat racun fosforus, maka racun tersebut akan masuk ke dalam tubuh badan mereka kerana sifat racun tersebut yang melekat ke dalam tubuh manusia boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ dalaman tubuh seseorang itu sehingga membawa maut.

Racun fosforus ini dapat menyebabkan kerosakan pada ginjal, jantung dan hati. Di Gaza, berpuluh-puluh orang khasnya wanita mengalami kanser dan gangguan organ dalaman tubuh akibat persekitaran yang tercemar dengan racun fosforus setelah serangan yang dilancarkan oleh Yahudi Zionis dengan menggunakan bom fosforus pada daerah tersebut berbulan-bulan yang lepas.

P/S: Para penjajah dan penindas kafir la'natullah (Syiah dan Yahudi) secara jelas menunjukkan rasa takut dan sifat pengecut mereka dalam peperangan-peperangan menghadapi Mujahidin di mana-mana pun dengan menggunakan senjata-senjata yang dilarang penggunaannya. Mereka tiada telur (tiada keberanian) untuk bertempur secara satu lawan satu (one by one) dengan mujahidin. Firman Allah S.W.T:

سَنُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرُّعْبَ بِمَا أَشْرَكُواْ بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَاناً وَمَأْوَاهُمُ النَّارُ وَبِئْسَ مَثْوَى 

الظَّالِمِينَ

Maksudnya: "Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim." [Surah Ali Imran ayat 151].

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger