Searching...

Subhanallah! Keprihatinan Ikhwanul Muslimin Terhadap Agama Dan Negara Melebihi Darah Mereka!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kalau betullah Ikhwanul Muslimin mahu memerangi tentera, mereka tidak perlu menunggu beribu-ribu nyawa rakyat Mesir yang mempertahankan demokrasi dibunuh. Sejak berpuluh-puluh tahun dahulu mereka sentiasa berpegang teguh pada prinsip dan disiplin.

Pada tahun 1948, Ikhwanul Muslimin turut serta dalam perang melawan Israel di Palestin yang memberi tamparan hebat terhadap Israel pada masa itu. Tetapi mereka akhirnya ditangkap setelah tiba di sempadan Mesir dan pertubuhan ini diharamkan pada tahun yang sama semasa zaman Muhammad Fahmi Naqrasy. Mereka ditangkap dan diseksa sehingga datang sekelompok pemuda menemui Imam Hassan Al-Banna meminta izin untuk menentang bagi mempertahankan diri.

Tetapi beliau menghalang dengan tegas, seraya menjelaskan kesan buruk pada kemudian hari. Beliau menyebutkan cerita tentang Nabi Sulaiman yang terkenal itu, berikutnya di bawah:

"Datang dua orang perempuan bertemu Nabi Sulaiman mengadu tentang perebutan hak untuk menjaga bayi yang masing-masing mendakwa bayi itu adalah anaknya. Kemudian Nabi menjatuhkan hukuman supaya bayi itu dibelah dua. Perempuan yang bukan ibunya itu bersetuju dengan keputusan Nabi Sulaiman, tetapi ibu sebenar kepada bayi tersebut tidak sanggup melihat bayinya dibelah dua. Maka dia pun mengundurkan diri daripada tuntutan hak penjagaan bayi tersebut asalkan bayi itu masih boleh hidup walaupun dengan orang lain."

Kemudian Imam Hassan Al-Banna berkata:

"Kita sesungguhnya memainkan peranan yang sama dengan para pemimpin itu. Bahkan kita lebih prihatin dengan masa depan dan kehormatan bangsa kita, maka bersabarlah dalam menghadapi musibah dan cubaan ini. Serahkan diri anda kepada mereka untuk dibunuh atau diperlakukan apa sahaja yang mereka inginkan demi masa depan bangsa anda dalam mempertahankan kesatuan dan kemerdekaannya!"

Mereka sudah dibunuh, dikhianati, dipenjara dan diperlakukan apa sahaja demi agama dan negara Mesir ini. Semua ini tidak akan memberi sedikit pun kesan terhadap mereka kecuali keimanan yang kukuh dan semangat juang mereka yang semakin bertambah. Subhanallah...

Kita merupakan bangsa yang belajar dari sejarah dan kesilapan masa lalu, jangan pernah ditipu dek manipulasi Media!

Ada sedikit berita yang perlu dijadikan iktibar buat kita semua. Betapa kukuhnya hubungan persaudaraan rakyat penyokong Ikhwanul Muslimin di Mesir:


1. Situasi di Gerbang Nasab Tizkari (Jund al Majhul);

Kementerian Dalam Negeri menyatakan kononnya mereka akan menghentikan serangan tembakan dan akan membenarkan para pro demokrasi untuk memindahkan jenazah-jenazah yang gugur syahid berhampiran mereka semasa serangan di pintu masuk.

Namun ketika beberapa pro demokrasi dan anggota kecemasan telah sampai untuk mengutip jenazah-jenazah tersebut, anggota keselamatan (dibawah arahan Kementerian Dalam Negeri) terus melepaskan tembakan ke arah mereka! Rujuk gambar di bawah:



Seorang anggota kecemasan telah syahid di pintu masuk dengan tembakan di leher, beliau adalah Ibrahim Al Azb dari anggota kecemasan Hayyu Asyir.

Percubaan untuk merempuh masuk telah dilakukan menggunakan jentolak (buldozer) tetapi mereka berundur setelah para pro demokrasi terus maju ke hadapan.

Sumber: نبض رابعة


2. Situasi di Pentas Rabiatul Adawiyah;

Live TV kembali pulih di Medan Rabiatul Adawiyah beberapa jam lepas. Helikopter datang untuk menembak jurukamera di Pentas Rabiatul Adawiyah dan dia jatuh syahid. Tempatnya diambil alih oleh jurukamera yang lain dan dia juga syahid ditembak oleh helikopter yang sama. Masih ramai jurukamera yang bersedia memikul tugas ini untuk memperolehi kemuliaan syahid ini.

Sumber: محمد مرسي رئيسا للجمهورية


Wallahua'lam. Sumber dari Mesir Kini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger