Searching...

Tanda-tanda Sebelum Berlakunya Rampasan Kuasa Di Mesir

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ramai orang telah mengetahui kesudahan yang berlaku di Mesir hasil daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir. Sebaliknya, mereka tidak mengetahui tanda-tanda sebelum berlakunya rampasan kuasa tersebut. Justeru, pendedahan bagi konspirasi ini akan diperjelaskan untuk pengetahuan dan kesedaran umum. Sila baca dan hayati detik-detik perjuangan pemimpin-pemimpin Al-Ikhwan sebelum berlaku penggulingan oleh pihak tentera Mesir berikut:

Sikap tegas pemimpin-pemimpin Al-Ikhwan di Mesir jangan disalah tafsirkan sebagai sikap yang suka membantah dan tidak rasional. Mereka menempuh perkara-perkara yang begitu sukar itu setelah mereka melalui pertimbangan yang begitu lama dalam tempoh yang panjang genap setahun usia pemerintahan mereka. Bahkan tanda-tanda wujudnya ancaman rampasan kuasa oleh pihak tentera itu telah mereka sedari sejak dari awal lagi (banyak hari) mereka telah lalui detik-detiknya sebelum tiba pada tarikh 3 Julai 2013. Ketika Presiden Mursi mengajukan pungutan suara umum pada 22 Disember 2012 yang lalu, untuk mengesahkan pembetulan susunan dalam pentadbiran Mesir. Hal itu juga telah dapat dijangkakan bahawa risiko yang bakal berlaku iaitu rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Sewaktu tentera Mesir mendapat bantuan dana sebanyak USD1.3 juta dari Amerika pada tarikh 10 Mei 2013, atau sekitar dua bulan sebelum berlaku rampasan kuasa di Mesir, sudah pastinya penasihat-penasihat Presiden Mursi telah menduga bahawa bantuan tersebut diumpamakan seperti "memberi peluru" untuk pihak tentera melakukan rampasan kuasa tersebut. Perkara ini sudah dapat diteka sejak sekian lama lagi. Dan pemimpin-pemimpin Parti FJP dan senior-senior gerakan Al-Ikhwan telah menantikan semua ini sejak dari awal lagi. Mereka telah menyiapkan diri untuk, "the worst scenario".

Semua ini mereka lakukan kerana menyedari bahawa 60 tahun bangsa Mesir berada di bawah pengendalian pemerintahan tentera yang korup, mengutamakan kroni, dan memerintah dengan begitu sewenang-wenangnya. Tentera Mesir boleh dianggap sebagai tentera paling kejam terhadap aktivis-aktivis gerakan Islam. Bahkan mereka sering menjadi inspirasi kepada kekejaman bagi tentera negara-negara lain yang anti kepada aktivis Islam. Tentera Mesir bukan hanya menuntut semacam "Dwi Fungsi" seperti mana pemerintahan yang bercirikan republik seperti di Indonesia, bahkan mereka bermaharajalela di dalam urusan ekonomi, perusahaan negara, dan projek-projek infrastruktur dan pembuatan.


Trauma Di Negara 'Intel'.

Situasi yang begitu trauma di negara intel (intelligent) yang mana masih dapat dilihat dengan lebih parah keadaan di Mesir. Mereka itu adalah bangsa Arab, beridentitikan Islam, sering membaca Al-Qur'an, tetapi kelakuannya lebih parah daripada tentera-tentera di zaman Fir'aun pada masa lampau. Masya-Allah, belum pernah kaum Muslimin mendapat ujian yang sebegitu getir dan pahit daripada kekejaman tentera melebihi apa yang terjadi di Mesir. Seolah-oleh mereka (tentera-tentera Mesir) didirikan untuk meruntuhkan setiap bangunan Islam.

Kekejaman tentera Mesir bukan hanya untuk aktivis Islam sahaja, bahkan rakyat awam di Mesir sendiri pun terlibat sama. Ramai orang dalam kelompok masyarakat menyokong pungutan suara umum yang diasaskan oleh Presiden Mursi, dan begitu ramai rakyat yang menolak rampasan kuasa tentera Jeneral Al-Sisi; merupakan petanda besar bahawa rakyat Mesir sudah tidak mahu lagi ditindas oleh kekuatan tentera dengan sewenang-wenangnya. Mereka ingin menghapuskan kuasa kesewenang-wenangan itu mulai saat ini dan untuk selama-lamanya.

Di titik itulah kita harus menghargai serta memahami erti perjuangan pejuang-pejuang Al-Ikhwan di Mesir. Kita hendaklah membela mereka, mendoakan mereka, membantu mereka mengikut kemampuan kita dan seumpamanya. Jika perjuangan ini berjaya, insya-Allah kekejaman demi kekejaman yang sering menimpa aktivis-aktivis Islam akan berakhir. Kelak anggota tentera mana-mana pun yang sudah biasa menindas aktivis-aktivis Islam akan belajar daripada kesilapan, bahawa semua kuasa-kuasa kezaliman itu akan digulingkan oleh Allah S.W.T dengan cahaya keadilan-Nya.

Doakanlah saudara-saudara seIslam dengan kita di sana yang sedang membawa misi-misi besar untuk menghalang dan menghapuskan kuasa kesewenang-wenangan rejim tentera Mesir. Semoga Allah S.W.T menolong mereka (saudara seIslam), memudahkan langkahnya, menguatkan usahanya, dan memberikan kejayaan kepada mereka, insya-Allah. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger