Searching...

Tips-tips Wanita Jenis Tidak Bertudung Akan Berubah Penampilannya Kepada Bertudung Labuh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tips-tips yang hendak dikongsikan adalah berkenaan dengan wanita yang padanya mempunyai penampilan biasa yakni bertudung ataupun tidak bertudung, boleh berubah kepada bertudung labuh dengan izin Allah sekiranya mengamalkan tips-tips di bawah berserta menghayati maksud firman Allah S.W.T ini:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ 

وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Maksudnya: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab ayat 59].

Oki Setiana Dewi merupakan seorang artis muslimah warganegara Indonesia berupaya boleh dijadikan contoh peribadi seorang muslimah yang menutupi auratnya dengan sempurna. 

Berikut adalah tips-tips untuk kaum wanita beragama Islam yang teringin untuk mencuba penampilannya daripada tidak bertudung atau bertudung biasa kepada bertudung labuh secara sempurna sekiranya diberikan peluang dalam usahanya ke arah berikutnya. Sila teliti dan fahami:
  1. Memulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan selama sebulan. Sekiranya sudah biasa, maka beralih pula pada pemakaian pakaian yang longgar dan tidak jarang yakni baju yang mesti melepasi punggung. Begitu juga dengan seluar/kain sarung yang tidak nipis dan tidak ketat. Pakailah dengan niat tidak menunjuk-nunjuk penampilannya di khalayak ramai selama sebulan.
  2. Menyertai kumpulan usrah yang benar iaitu yang diyakini agama semata-mata untuk mengambil tahu selok-belok atau mendalami akan ilmu-ilmu agama dengan berbincang mengenai kemusykilan agama dalam menentukan hala tuju kehidupan sehariannya selari dengan syariat Islam.
  3. Memperkukuhkan langkah dalam menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk mengisi jiwa yang kosong dengan acara kerohanian bagi menambahkan input dalam diri. Insya-Allah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang soleh/solehah di dalam majlis-majlis tersebut.
  4. Bersungguh-sungguh dalam memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa, membaca Al-Qur'an dan sebagainya. Boleh rujuk pada ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (Youtube).
  5. Memperbanyakkan membaca Al-Qur'an dan mengkaji makna terjemahannya dengan merujuk pada naskhah Al-Qur'an terjemahan. Tidak ada gunanya membaca Al-Qur'an tanpa memahami isinya. Sekiranya sukar dalam memahami makna terjemahan Al-Qur'an, maka ringan-ringankanlah berjumpa dengan ustaz/ustazah. 
  6. Apabila hati sudah semakin kuat, jiwa sudah semakin penuh diisi dengan ilmu-ilmu agama yang dapat memisahkan antara hak dengan yang batil, semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat yakni berhijrah kerana Allah, maka perlahan-lahanlah dengan memulakan langkah untuk memperbaiki penampilan diri. Mulakanlah dengan memakai baju yang menutupi peha sehingga mencecah lutut yang lebih dikenali dengan baju T-shirt Muslimah.
  7. Mulakan pula dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi dada dan bahu). Pinkan tudung secara melurus. Kalau dipinkan secara silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai tudung Turki atau tudung Mesir. Amalkan pemakaian tudung tersebut selama sebulan.
  8. Setelah semakin selesa dengan memakai tudung di atas tadi, mulakan pula memakai tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku dan menutupi punggung. Sebenarnya tudung jenis ini sudah pun memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.
  9. Usaha tidak akan sia-sia jika berniat untuk menjaga penampilan. Jadi, langkah 1 hingga 6 masih perlu dipraktikkan secara istiqamah (berterusan). Iman haruslah dipertingkatkan agar mendapat kemanisan dalam beribadah. Justeru, akhlak hendaklah dijaga agar tidak dilabel sebagai muslimah celop. Insya-Allah.
  10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah dimulakan secara berselang-seli dengan memakai tudung Turki/Mesir bidang 60 secara istiqamah sebelum beralih kepada tudung labuh berjahit. Nota terakhir, kurangkanlah pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain sarung yang tidak nipis. Memakai baju t-shirt muslimah dengan kain sarung lebih dialu-alukan bahkan nampak lebih manis dipandang mata.


P/S: Hidayah (petunjuk) dari Allah tidak akan datang sekiranya ditunggu atau diseru, sebaliknya hendaklah ianya dicari dengan mengamalkan tips-tips seperti di atas. 

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger