Searching...

[VIDEO] Laporan Lengkap Mengenai Insiden Rampasan Bandar Tentera Menegh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alhamdulillah, setelah berjaya menawan Bandar Tentera Menegh pada penghujung bulan Ramadhan lepas, rujuk entri sebelumnya yang bertajuk, [Mujahidin Syria Berjaya Merampas Sepenuhnya Bandar Tentera Menegh Milik Rejim Assad]. Kini, laporan lengkap dalam bentuk klip video wawancara oleh seorang wartawan yang tidak dikenali terhadap pemimpin Mujahidin mengenai kronologi pengepungan dan serangan terhadap tentera Syiah Assad di Bandar Tentera Menegh atau lebih dikenali sebagai insiden rampasan Bandar Tentera Menegh. Bandar tersebut telah sepenuhnya berada di tangan Mujahidin. Rujuk klip video berkenaan:


Melalui wawancara klip video di atas, pemimpin Mujahidin tersebut mengatakan bahawa serangan dilakukan sejak pukul 10 pada hari terakhir bulan Ramadhan. Pada awalnya, Mujahidin bersembunyi di sebalik parit di pinggir luar bandar itu, sementara menunggu Mujahid Muadz berjaya menyusup masuk ke dalam kawasan bandar tersebut dengan sebuah kereta kebal yang sarat dengan muatan bahan letupan lalu meletup di tengah-tengah bandar yang menempati ramai tentera Syiah untuk mengalihkan perhatian tentera-tentera Assad yang lain terhadap kejadian letupan kereta kebal tersebut. Lalu Mujahidin dengan segera bergegas untuk menerobos masuk dan menyerang...

Beratus-ratus tentera Syiah terbunuh dalam serangan nekad ini, dan seluruh kereta kebal musuh berjaya dimusnahkan kecuali tiga kereta kebal musuh yang sempat melarikan diri. Pemimpin Mujahidin ini juga menceritakan bahawa pada sebelumnya, seluruh kawasan utara Bandar Tentera Menegh ini pernah diserang rejim Assad setiap hari. Maka setelah Bandar Tentera ini dibebaskan dengan izin Allah, seluruh kawasan tersebut telah pun merdeka.

Berikut adalah klip video Mujahidin menembak dan menyerang tentera-tentera Syiah dari parit sebelum mereka akhirnya memasuki ke dalam kawasan Bandar Tentera tersebut:


Mujahidin dari kelompok Liwa' Al-Fateh mengibarkan bendera Tauhid di dalam Bandar Tentera Menegh setelah peperangan terhadap tentera Syiah berakhir dalam masa lebih kurang 15 jam. Kelihatan wajah-wajah ceria dan gembiranya para Mujahidin tersebut. Seluruh Mujahidin di situ tidak terlepas daripada mengucapkan kalimah tahmid dan takbir. Rujuk klip video berkenaan:


Klip video berkenaan memaparkan sebilangan tentera Assad yang terbunuh dalam serangan tersebut: 


Klip video ini memaparkan pemandangan sekitar Bandar Tentera Menegh yang dilihat dari atas menara kawalan:


Klip video ini memaparkan ghanimah (harta rampasan perang) yang berupa helikopter telah berada di tangan Mujahidin:


Klip video ini memaparkan beberapa helikopter rejim Assad yang berjaya dimusnahkan oleh Mujahidin:


Klip video ini memaparkan salah seorang daripada tentara Assad yang terbunuh:


Alhamdulillah.. Segala Puji dan Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kemenangan yang begitu besar terjadi pada penghujung bulan Ramadhan yang diberkati Allah ini. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilham...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger