Searching...

[6 Gambar] Budak Berusia 10 Tahun Bekerja Di Kilang Pembuatan Senjata Milik Mujahidin FSA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Issa, seorang budak yang berumur 10 tahun dan tinggal di Aleppo, Syria. Beliau membantu bapanya bekerja dalam bidang membaik pulih (maintenance) dan pengeluaran sistem-sistem senjata berat untuk kelengkapan para Mujahidin FSA pergi berperang di sebuah kilang dalam tempoh 10 jam dalam sehari. Begitulah rutin harian beliau membantu bapanya bekerja. 

Pendidikan beliau telah digantikan dengan latihan "On Job Training" (OJT) seperti mana pekerja-pekerja industri melakukan pekerjaan mereka di dalam sebuah kilang industri (lebih kurang dalam 'plant industry oil and gas' lerr...). Dan ini menunjukkan bahawa beliau (Issa) telah menamatkan zaman kanak-kanak beliau dengan begitu pantas sekali berbanding kanak-kanak di Malaysia yang masih belum kenal erti pekerjaan "On Job Training" mahupun pekerjaan orang-orang dewasa yang dilakukan dalam usia 10 tahun! 

Beliau kini perlu hidup berdikari bersama bapanya setiap hari dengan pekerjaan yang sama. Oleh itu, rutin harian beliau dalam menghasilkan kelengkapan senjata untuk para Mujahidin pergi berperang melawan rejim Syiah, sedikit sebanyak boleh menghasilkan pahala jihad fisabilillah dan bonus buat beliau iaitu mendapat pengalaman berharga bekerja dalam industri berat. Manakala zaman kanak-kanak bagi diri beliau semakin meningkat hari semakin hilang dek ditelan usia.

Mari kita menatapi gambar beliau bekerja di dalam sebuah kilang industri pembuatan senjata dan kelengkapan perang untuk para Mujahidin FSA:

Issa membawa peluru mortar di sebuah kilang senjata milik Mujahidin FSA di Aleppo pada 7 September 2013.

Issa sedang memasang peluru mortar tempatan buatan tangan di kilang senjata milik Mujahidin FSA di Aleppo pada 7 September 2013.

Sama macam di atas.

Issa sedang mengukur sebuah peluru mortar pada mesin di sebuah kilang senjata milik Mujahidin FSA di Aleppo pada 7 September 2013.

Issa sedang memperbetulkan pelancar mortar di sebuah kilang senjata milik Mujahidin FSA di Aleppo pada 7 September 2013. Issa bekerja dengan bapanya di kilang tersebut selama 10 jam setiap hari kecuali pada hari Jumaat.

Sama macam di atas.


Wallahua'lam. Sumber dari Business Insider.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger