Searching...

Apa yang Rakyat Mesir Mahu? Berikut Adalah Perbualan Seorang Pemandu Teksi...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berikut saya kongsikan status laman sosial facebook rakan sekolah lama saya yang menuntut di Mesir mengenai perbualannya dengan seorang pemandu teksi terhadap apa yang pemandu teksi tersebut rasai sebagai rakyat di bumi Mesir. Sila like fan page beliau, Ustaz Syihabudin Ahmad. Sila hayati dan fahami:

Tadi saya sengaja naik teksi dari Abud ke Hayyu Asyir. Saya mahu bersembang dengan pekerja peringkat bawahan di Mesir. 

Saya tanya pemandu teksi, "Apa pendapat kamu tentang Mesir?"

Pemandu Teksi menjawab, "Mesir ini ibu kami, Nil itu darah kami, tanah itu kulit kami. Mesir adalah hidup kami."

Saya bertanya lagi, "Kamu sokong Sisi atau Mursi?"

Pemandu Teksi itu menjawab, "Mursi atau Sisi bukanlah isunya. Isunya ialah rakyat perlu hidup, rakyat perlu makan, perlu pendidikan. Mursi hanyalah pemerintah yang dilantik rakyat. Sisi hanyalah seorang yang berjawatan dalam tentera dan bekerja untuk rakyat."

"Rakyat Mesir perlukan pemimpin yang boleh memberi mereka makan, beri pendidikan, beri kerja kepada mereka."

"Sekalipun bawwab (Pengawal rumah) yang menjadi pemimpin, kami akan taat sekiranya dia dapat memerintah dengan baik."

Saya bertanya lagi, "Apa pandangan kamu tentang pembunuhan di Rabaah?"

Pemandu Teksi, "Ada orang kata pembunuhan itu tidak berlaku, ia hanya rekaan grafik komputer. Tapi hakikatnya ia berlaku." 

Kemudian pemandu teksi itu pun diam...

Pemandu Teksi itu juga sangat tidak suka kepada Qatar. Katanya, "Qatar tidak suka kepada Mesir kerana Mesir ialah ketua negara Arab. Qatar mahu jadi ketua. Mereka juga rakan karib Amerika."

Terakhir, pemandu ini bertanya saya pula, "Kamu kenal Ikhwan di tempat kamu?"

Saya jawab, "Sampai saya di Mesir, ada pemandu teksi seperti kamu juga yang tanya saya soalan yang sama. Saya jawab, saya tidak tahu."

Saya tidak melihat pemandu ini penyokong mana-mana kumpulan. Tetapi saya lihat dengan jelas bahawa dia ialah rakyat biasa-biasa. Saya melihat harapannya. 

Pemimpin kita juga perlu seperti itu. Hendaklah menitik beratkan harapan golongan bawahan. Jangan terperok dengan impian sendiri sahaja. 

Saya juga seperti pemandu teksi itu. Tidak kisah siapa yang dilantik sebagai pemerintah, tetapi biarlah rakyat dapat hidup dengan aman dan damai. 

12 Sept 2013,
Hayyu Asyir, Kaherah, 
Mesir.


P/S: Lain orang (rakyat), lain pandangan. Pemandu teksi itu merupakan golongan atas pagar kalau dalam istilah politik. Jadi, setiap orang ada perjuangan mereka sendiri, sama ada hendak menegakkan syariat Allah dengan mengharapkan pemimpin yang mencorakkan negara dengan undang-undang ketetapan Allah serta hidup bersaudara sesama umat Islam atau hidup aman sebagai rakyat marhaen.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. btul sgat apa yg sdara nukilkan..Allah tak uji org yang menang je.Allah uji org yg kalah jua..btw lirik berasal dr sajak arwah ust Ashaari Muhammad. moga Allah merahmati rohnya.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger