Searching...

Bagaimana Hendak Mendapat Hidayah Taufik Dengan Lebih Yakin?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hidayah taufik boleh didapati dengan lebih yakin iaitu dengan mengamalkan [hidayah Islam] dengan bersungguh-sungguh. Walaupun belum terasa manis, tetapi teruskanlah mengamalkan kebaikan. Sedangkan pepatah melayu ada mengatakan, "alah bisa tegal biasa" apabila kita membiasakan diri kita dengan perkara-perkara yang baik dan diredhai Allah, lebih-lebih lagi kebaikan yang pada hakikatnya memang fitrah manusia. Berdoalah kepada Allah agar kita dikurniakan istiqamah dalam setiap pekerjaan baik yang kita lakukan.

Sebelum sesuatu kebaikan itu menjadi manis, maka kita perlulah bersusah payah terlebih dahulu dengan memaksa diri kita melakukannya, dengan syarat niat kita kenalah semuanya baharu iaitu melakukan pekerjaan yang baru, dengan memulakan kehidupan yang baru, memiliki suasana tempat dan masa yang baru. Tidak ada jalan lain melainkan jalan yang bermula dengan susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Atau pepatah inggeris ada mengatakan, "no pain, no gain."

"Inilah yang dikatakan mujahadah. Yakinlah bahawa apabila kita menunjukkan kesungguhan yang padu untuk memimpin diri kita ini, maka Allah S.W.T pasti akan membantu kita akhirnya."

Firman Allah S.W.T:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [Surah Al-Ankabut ayat 69].

Untuk mendapat hidayah taufik, kita perlu menggunakan secara sepenuhnya dan keseluruhannya hidayah-hidayah yang kita dapati sebelum ini. Rujuk entri [sini] dan [sini]. Anda boleh rujuk dalam entri yang bertajuk, [Tanda-tanda Orang yang Mendapat Hidayah Taufik Yakni Hidayah Tertinggi Di Sisi Allah S.W.Tuntuk mengetahui keupayaan orang yang telah mendapat hidayah taufik ini. Gunakanlah [hidayah pancaindera dan akal] untuk merenung kebesaran Allah melalui keunikan alam ciptaan-Nya.

Dengan akal, fikirkanlah betapa tersusunnya alam semesta yang begitu sistematik. Mustahil pada akal untuk memikir segalanya tercipta dengan sendiri. Jika tersusun, pasti ada yang menyusunnya. Dengan akal juga, kita boleh menilaikan kesemua nikmat-nikmat yang kita terima.

Semuanya terlalu tinggi dan mahal harganya. Oksigen yang digunakan untuk bernafas, air hujan digunakan sebagai sumber kehidupan, cahaya matahari sebagai penyuluh kehidupan dan segala-galanya ini adalah terlalu bernilai harganya apabila diukur dengan wang ringgit. Kita tidak akan terbalas budi baik Allah S.W.T yakni Sang Pencipta Alam Semesta. Usahkan membalasnya, menghitungnya pun kita tidak terdaya.

Firman Allah S.W.T:

وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Nahl ayat 18].

Selain alam sebagai sumber hidayah, Al-Qur'an dan As-Sunnah juga adalah sumber hidayah yang terbesar. Ilmu di dalam kedua-duanya adalah cahaya yang menunjukkan arah dalam kembara hidup kita. Tidak ada satu perkara pun yang terkandung dalam Al-Qur'an melainkan untuk memberi petunjuk kepada manusia. Oleh itu, membaca, merenung dan mengambil iktibar daripadanya adalah satu kewajipan untuk kita mendapatkan hidayah. Justeru, Al-Qur'an merupakan petunjuk bagi seluruh umat manusia.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger