Searching...

Beribu-ribu Pejuang Baru Dikhabarkan Hilang Dalam Barisan Mujahidin Jabhah An-Nusrah, Ahrar Syam, dan ISIS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Di Raqqah, Syria, difahamkan tidak terasa lagi akan kehadiran FSA. Kesemua Brigade Mujahidin FSA di sana membuat keputusan untuk bergabung dengan kumpulan mujahidin yang lebih kuat. Dua kumpulan FSA hilang dalam barisan Jabhah An-Nusrah, manakala satu lagi kumpulan FSA hilang dalam barisan Daulah Islam Iraq dan Syam (ISIS). Sementara beberapa kumpulan FSA yang lain hilang dalam barisan Mujahidin Harakah Ahrar Syam.

Salah satunya ialah Brigade Revolusioner Raqqah, yang mengaku memiliki 750 orang mujahid di dalam barisannya, dan juga Brigade Al-Fath yang mewakili sekitar 15 batalion dengan jumlah 100 orang mujahid di setiap batalionnya. Kedua-duanya yang bergabung dengan kumpulan FSA kini telah hilang. Justeru, kumpulan yang memberikan kesetiaan pada salah satu kumpulan Al-Qaeda di Syria, iaitu Jabhah An-Nusrah, sepertimana yang dilaporkan oleh Reuters.

Dua Brigade FSA tersebut sebelumnya telah membentuk Dewan ketenteraan Raqqah, kononnya beberapa media ada menyebutkan mengenai pembentukan dewan ketenteraan itu adalah sebagai sebahagian daripada keupayaan untuk melawan pengaruh Al-Qaeda di wilayah ini, laporan dikutip daripada Allvoices.

Sebelumnya, Daulah Islam Iraq dan Syam (ISIS) berselisih faham dengan salah satu unit milik Dewan ketenteraan Raqqah pada bulan Julai lepas. Namun kepimpinan Dewan mengatakan bahawa, "Di sini tidak ada konflik di antara dewan ketenteraan dengan kumpulan bersenjata yang lainnya, baik Jabhah An-Nusrah mahupun Daulah Islam Iraq dan Syam (ISIS)," lapor Allvoices.

Setelah perselisihan faham itu terjadi, Dewan Raqqah mencampuri urusan pertikaian dan beratus-ratus pejuang FSA meninggalkan bandar itu.

"Dewan ketenteraan Raqqah sendiri tidak terlibat dalam persengketaan, tetapi kami berkomunikasi dengan kedua-dua belah pihak untuk membantu tercapainya kesepakatan gencatan senjata," ujar jurucakap dewan.

Namun seiring dengan berlalunya masa, para pejuang FSA dan seluruh unitnya diketahui telah hilang dalam kumpulan Jabhah An-Nusrah dan kumpulan Islamis yang lainnya. Pada bulan Mei, seorang komandan FSA mengatakan bahawa lebih daripada 3,000 orang pejuang serta seluruh unit bergabung dengan Jabhah An-Nusrah selama beberapa bulan.

Hal ini tercetus disebabkan munculnya khabar angin yang mengatakan bahawa beberapa Brigade FSA telah diserap masuk oleh anasir-anasir daripada pengikut setia Basyar Assad, seperti Brigade Al-Farouk FSA di Aleppo. Maka dengan itu, Daulah Islam dianggap sebagai pusat ledakan markas Mujahidin Islam. Beberapa Brigade FSA yang lainnya juga cenderung pada sisi perjuangan nasionalisme, sepertimana kenyataan telah dikeluarkan oleh salah seorang sukarelawan perubatan Syria, Doktor Muhammad Muslih atau Ahmad Sarju.

Oleh itu, pejuang-pejuang FSA yang masih suci (noob), dan enggan disebut sebagai sekular memilih untuk pergi meninggalkan FSA dan bergabung dalam barisan kumpulan yang memiliki manhaj dan visi yang jelas untuk menegakkan Syariah Islam di Syria. 

P/S: Islam semakin berpecah. Kumpulan-kumpulan Mujahidin berjihad atas perselisihan fahaman sesama mereka. Harapan untuk melihat kemenangan Islam masih jauh lagi. Mari kita berdoa agar Islam mementingkan persaudaraan dan misi menjatuhkan kerajaan Basyar Assad, bukan mementingkan visi yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan sesama mereka.

Wallahua'lam. Sumber dari Shoutus Salam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger