Searching...

Bukti Kukuh Mengenai Tentera Assad Menyerang Rakyat Syria Dengan Senjata Kimia Telah Ditemui

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Beberapa kumpulan Mujahidin terkenal seperti Jabhah An-Nusrah, Liwa' At-Tauhid dan lain-lain yang bersatu di bawah pimpinan Mujahidin tempatan (pejuang-pejuang pembebasan Syria / Mujahidin FSA) telah bergerak semakin jauh maju ke arah bandar Lattakia yakni tempat kelahiran keluarga Assad dan pusat masyarakat Syiah di Syria. 

Sehingga kini beberapa pangkalan tentera dan kem-kem ketenteraan rejim Assad berjaya ditawan oleh Mujahidin sejak lebih dari sebulan mereka berjuang bermula dengan operasi pembebasan di Lattakia tersebut. Perkembangan terkini kelihatan begitu meresahkan bagi pihak rejim Assad, Russia dan juga kuasa barat yang lain kerana mereka tidak pernah mengharapkan pihak Mujahidin mempunyai kekuatan dan strategi yang sebegitu padu dan rapi untuk mengambil alih pusat pentadbiran kaum Syiah di Syria. 

Antara panglima Mujahidin yg terlibat dalam operasi menawan Lattakia ini adalah komandan Abu Al-Walid yang diberi julukan "The Best Mountain Fighter" dan ia diberi gelaran oleh rakyat dari Chechnya. 

Selain itu, menurut sebuah analisis, rejim Assad melepaskan bom kimia ke Ghouta pada dua minggu yang lepas antara lain dengan niat memberi tekanan kepada Mujahidin yangg semakin jauh bergerak menuju ke pusat bandar Lattakia. Sebenarnya pihak barat telah lama menggunakan satelit-satelit canggih mereka untuk mengesan dan mendapatkan pengesahan bahawa memang tentera rejim Basyar Assad-lah yang melepaskan bom kimia tersebut. Cuma soal masa yang sesuai sahaja belum ditetapkan oleh mereka untuk mengutarakan agenda dan kepentingan mereka.

Klip Video di bawah merupakan bukti yang kukuh menunjukkan bagaimana pihak tentera Basyar Al-Assad telah melancarkan peluru berpandu yang mengandungi bahan kimia pada kepala peledak ke arah penduduk Syria di kawasan kampung pinggir kota Damaskus (Damsyik).


Dan gambar di bawah pula merupakan contoh peluru berpandu yang berisi bahan kimia di kepala peledak yang telah diletupkan:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger