Searching...

Fahami Dahulu Tanggungjawab Terhadap Anak-anak yang Dilahirkan Ke Dunia Ini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Setiap muslim hendaklah benar-benar faham akan tanggungjawabnya yang besar terhadap anak-anaknya yang dilahirkan ke dunia ini dalam kalangan keluarga yang mereka pimpin itu. Firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu (berhala);" [Surah At-Tahrim ayat 6].

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab ke atas orang yang kamu pimpin. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas keluarganya, seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan dia bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya, seorang hamba bertanggungjawab ke atas harta tuannya. Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya." [HR Bukhari dan Muslim].

Islam telah meletakkan beban tanggungjawab ke atas bahu semua orang sehingga tiada seorang pun boleh terlepas daripada beban tersebut. Yang paling utama, ibu bapa bertanggungjawab memelihara dan membesarkan anak-anaknya dengan mendidik mereka mengikut acuan yang telah digariskan oleh Islam, berdasarkan akhlak mulia sebagaimana telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W:

"Aku tidak diutus melainkan untuk menyempurnakan akhlak mulia." [HR Bukhari dalam kitab Al-Adab Al-Mufrad, Imam Malik dalam Al-Muwatta' dan Imam Ahmad dalam Al-Musnad].

Sesungguhnya tidak ada bukti yang lebih besar mengenai beratnya kewajipan ibu bapa agar mendidik anak-anaknya bertakwa kepada Allah dan Rasul-Nya selain daripada fatwa ulama' bahawa setiap keluarga mesti memerhatikan hadis Rasulullah S.A.W berikut:

"Suruhlah anak kamu solat apabila berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka jika enggan, apabila berusia sepuluh tahun." [HR Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim serta sanadnya Hassan].

Setiap keluarga yang memahami hadis di atas sedangkan ibu bapa itu enggan mengajar anak mereka solat bila telah sampai usia tujuh tahun atau memukulnya apabila enggan solat setelah berusia sepuluh tahun, adalah keluarga yang gagal menjalankan kewajipannya dan tidak menghiraukan anak-anaknya langsung mengenai perihal agama. Ibu bapa itu adalah pelaku dosa yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T atas kegagalan dan kelalaian ini.

Rumah adalah suasana pertama di mana anak-anak membesar dan rumah juga merupakan persekitaran di mana sikap, peribadi dan kecenderungan anak-anak terbentuk. Hal ini menjelaskan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anaknya dan memberi perhatian yang sama di antara keperluan fizikal, mental dan kerohanian mereka. 

Berikut saya sertakan 10 tips tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak kecilnya antara usia 6 hingga 10 tahun:
  1. Didik anak-anak kecil mengenali Allah dan Rasul.
  2. Pastikan anak-anak kecil belajar mendirikan solat dan belajar juga menjaga ibadah wajib yang lain.
  3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kecil dengan ilmu-ilmu fardhu ain.
  4. Hidupkan dalam rumah dengan suasana cara hidup orang Islam berserta pengamalan sunnah Rasulullah S.A.W. Antara perkara yang dapat seseorang ibu bapa itu melatih anak-anak kecil melakukan untuk tujuan tersebut ialah selalu membaca Al-Qur'an di dalam rumah, membiasakan solat-solat sunat di rumah, hidupkan budaya memberi salam dan mempraktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  5. Dekatkan anak-anak kecil dengan masjid, mushalla atau surau dan sentiasa memantau kelakuan anak-anak kecil dalam kawasan ibadah tersebut.
  6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kecil.
  7. Tanamkan kepada anak-anak kecil sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu.
  8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kecil itu berkawan.
  9. Mohon sentiasa dari Allah supaya dikurniakan anak yang soleh.
  10. Sentiasa memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kecil.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger