Searching...

Janganlah Sesekali Menjadi Agamawan yang Bacul, Jadilah Pendakwah yang Tahu Pendirian Agama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dr. Tareq Mohammed Al-Suwaidan adalah seorang usahawan Kuwait, penulis dan penceramah, dan seorang pemimpin Kuwait Ikhwanul Muslimin. Beliau berpesan kepada pemuda-pemuda dengan kata-katanya, "Anda semua hendaklah berwaspada daripada melakukan keganasan dan mengkafirkan orang lain, kerana kemenangan itu semakin hampir." Beliau juga menegaskan bahawa seorang pendakwah Islam harus tahu untuk membezakan di antara pendirian politik dan pendirian agama.

Beliau mengutarakan kata-kata itu terhadap pemuda-pemuda sambil menyebut, "Anda hendaklah berwaspada daripada melakukan keganasan dan mengkafirkan orang lain, walaupun mereka sebenarnya yang rancak melakukan pembunuhan ke atas anda, walaupun mereka adalah penjenayah yang zalim dan jahat, dan anda juga hendaklah berwaspada daripada terheret ke lembah keganasan kerana mereka sedang mencuba untuk memperlakukan anda sebagaimana di Syria."

Suwaidan mengakhiri ucapannya secara LIVE dari Al-Jazeera, Mesir dengan pesanan ringkas kepada para revolusionernya yang berbunyi, "Dan pesanan saya yang terakhir adalah saya sangat optimis terhadap semua ujian, rintangan, pengorbanan dan pertumpahan darah, kerana tidak ada negara di mana kebenaran tertegak di dalamnya kecuali dengan merasai kesakitan sebuah erti pengorbanan."

Namun begitu, Allah S.W.T mengurangkan kesakitan pengorbanan ini daripada hati-hati kita dengan berdasarkan pada firman-Nya berikut:

وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

Maksudnya: "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." [Surah Ali-Imran ayat 169].

Maka, untuk mereka yang telah kehilangan buah hati dan insan-insan yang tersayang, janganlah bersedih kerana mereka cuma mendahului perjalanan anda ke syurga.

Sumber dari رابطة الاخوان بالعالم


Klip Video Ditujukan Khas Buat Agamawan yang Bacul.

Berikut saya kongsikan mengenai sebuah klip video di mana kita ditegaskan oleh seorang ilmuwan Islam negara yakni Dr MAZA agar jangan sesekali menjadi agamawan yang bacul dengan mengatakan haram berdemonstrasi walau apapun yang terjadi di Mesir. Sebagaimana yang kita semua telah tahu, apa yang terjadi di Mesir baru-baru ini adalah disebabkan rampasan kuasa (kudeta) oleh pihak junta tentera. Oleh itu, jadilah agamawan yang dapat membezakan di antara pendirian politik dan pendirian agama seperti mana yang telah disebutkan oleh Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan di atas sebentar tadi.


Beberapa ayat terakhir dalam klip video di atas berbunyi, "... Dalam kerangka sekarang, dunia hendaklah mengutuk tindakan tentera membunuh rakyat. Dan itu tak boleh dipandang enteng. Dan dunia hendaklah mengutuk dan menyuruh supaya rejim tentera di bawa ke mahkamah. Dan mereka mesti dibicarakan ke mahkamah kerana darah orang Islam bukan murah." 

Ayat terakhir adalah ayat yang sangat pedas kata-kata Dr MAZA ditujukan khas buat ahli agama yang disabitkan itu (siapa makan cili, dia terasa pedas), "... Dan sangat bacul bagi orang ugama kalau kerjanya hanya mencari dalil untuk membolehkan orang yang membunuh, kerana dia penguasa, dia tak kena."

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger