Searching...

Keajaiban Pahala Wakaf Berserta Terdapat Akaun Bank Milik Sayyidina Uthman yang Belum Anda Ketahui

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Adakah anda tahu bahawa terdapat akaun bank dan bil elektrik di Arab Saudi yang diletakkan atas nama Saidina Uthman Bin Affan? Ikuti kisahnya di bawah.

Apabila orang Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah S.A.W, mereka semua telah kehabisan bekalan air zamzam disebabkan mereka telah menggunakan air zamzam tersebut untuk suatu perjalanan yang jauh dalam tempoh masa yang begitu lama .

Jadi mereka datang kepada Rasulullah S.A.W untuk memberitahu kepada Baginda bagaimana mereka bersedih mengenai kehabisan bekalan air zamzam tersebut. Mereka juga memberitahu Baginda mengenai berita yang mereka terima dari Madinah di suatu tempat yang bernama Romah, mempunyai telaga di mana rasa airnya amat serupa dengan air zamzam.

Tetapi malangnya telaga Bi'er Romah telah dimiliki oleh orang Yahudi. Orang Yahudi tersebut telah menjual air telaganya dalam kuantiti yang agak kecil. Maka Nabi S.A.W mengutus seseorang untuk berunding dengan Yahudi itu dan meminta agar utusannya membeli telaga dari Yahudi tersebut, tetapi Yahudi tersebut enggan menjual telaga tersebut, kalau hendak dijualnya telaga itu, maka yahudi tersebut meletakkan harga yang tidak masuk akal iaitu nilai harga yang amat besar. Pada masa itu, umat Islam tidak mampu membayar harga yang ditawarkan oleh orang Yahudi tersebut.

Apabila Sayyidina Uthman mendengar akan hal itu, maka beliau terus bergegas ke tempat lelaki Yahudi itu dan menawarkan kepadanya untuk membeli telaga itu. Namun lelaki Yahudi tersebut masih berdegil. Namun begitu, lelaki Yahudi tersebut bersetuju untuk menjual separuh daripada telaga untuk kegunaan umat Islam. Satu hari untuk umat Islam meminum di telaga tersebut dan satu hari pula untuk orang Yahudi menjual air di telaga tersebut. Begitulah giliran yang dipersetujui oleh mereka.

Orang ramai mula datang untuk meminum di telaga yang dibeli oleh Sayyidina Uthman pada hari untuk umat Islam. Pada hari untuk orang Yahudi pula, orang Yahudi mula meghadapi kekurangan nilai keuntungan yang diperolehinya hasil jualan air telaga itu. Jadi, dia pun pergi ke tempat Sayyidina Uthman untuk menawarkan kepada Sayyidina Uthman dengan penjualan keseluruhan telaga tersebut agar orang Yahudi itu mendapat keuntungan yang agak lumayan. Maka, Sayyidina Uthman pun bersetuju dan membeli sepenuhnya telaga tersebut dengan harga 20 ribu Dirham. Maka dengan itu, Sayyidina Uthman menawarkan secara percuma meminum air telaga (wakaf) kepada semua umat Islam.

Selepas beberapa ketika, beberapa sahabat datang ke tempat Sayyidina Uthman dan menawarkan kepadanya untuk membeli telaga itu dengan harga sebanyak dua kali ganda, tetapi beliau berkata, "saya mempunyai tawaran yang lebih baik". Maka mereka terus berunding hingga harga jualan telaga tersebut mencecah 9 kali ganda. Namun begitu, tahukah anda, Sayyidina Uthman tetap berkata, "saya masih mempunyai tawaran yang lebih baik". Jadi Sahabat terfikir dan bertanya kepadanya, Siapakah yang membayar lebih daripada 9 kali ganda daripada harga telaga tersebut? Sayyidina Uthman menjawab, Allah S.W.T memberikan saya 10 kali ganda setiap kali kamu menawarkan saya untuk membeli telaga itu!

Selepas beberapa lama tempoh, pokok kurma mula tumbuh di sekitar kawasan telaga tersebut dengan baik maka Khilafah Uthmani menjaga pokok-pokok ini dengan baik berserta pokok-pokok yang ada di sekitarnya. Maka, kini Kerajaan Arab Saudi datang dan terus menjaga dengan baik pokok-pokok kurma yang berada di sekitar telaga tersebut, sehingga pokok-pokok tersebut telah mencecah lebih kurang 1550 pokok di sekitar kawasan telaga tersebut.

Menteri pertanian di Arab Saudi mula menjual kurma-kurma dan pula mula menjana sumber kewangan baru berupa wang, separuh daripada wang yang dibelanjakan untuk orang miskin dan separuh lagi dimasukkan ke dalam akaun bank di bawah nama Khalifah (Uthaman Ibn Affan r.a).

Wang terkumpul sejak dulu sehingga kini cukup untuk membeli sebidang tanah berhampiran Masjidil Haram, dan sebuah hotel 5 bintang dibina di atas tanah dengan pendapatan tahunan lebih kurang 50 Juta Riyal, separuh daripadanya akan disumbangkan kepada golongan miskin dan separuh lagi dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Sayyidina Uthman Ibn r.a Zu al Nurain.

Ini adalah berupa ganjaran dan keajaiban pahala derma wakaf dari Allah S.W.T apabila niat seseorang itu adalah suci kerana-Nya, Marilah kita meneruskan niat yang suci lagi murni untuk menyumbang demi Islam, insya-Allah. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger