Searching...

Kejahatan Rejim Assad Telah Bermula Sejak Revolusi Syria yang Berbunyi...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


"Hentikan Revolusi, atau akan ku hancurkan segalanya."

Semboyan mereka ialah, "Assad atau kemusnahan!" 

Perkataan 'segalanya' dalam ayat di atas bererti membunuh keseluruhan rakyat yang menentang kerajaan Basyar Al-Assad serta memusnahkan kesemua yang ada di kawasan mereka termasuk kawasan ladang dan kawasan penempatan. Segelintir orang yang menyokong rejim Assad telah berkata, "Semua kerosakan dan kemusnahan itu adalah berpunca daripada perbuatan pemberontak (FSA)."

Namun begitu, lihatlah gambar di atas dari jarak dekat. Jelas menunjukkan bahawa bangunan-bangunan di dalam gambar tersebut telah dimusnahkan oleh bedilan pesawat-pesawat pejuang dan bukannya dimusnahkan dengan menggunakan senapang AK-47 yang digunakan oleh Mujahidin FSA. Rejim Assad kemudiannya menggunakan senjata kimia untuk meracuni rakyat awam Syria.

Rejim Assad mula menggunakan senjata kimia pada 5 Julai 2013 di Homs, dan kemudian menyusul pula tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat awam dan kanak-kanak pula turut tidak ketinggalan menjadi mangsa terhadap serangan senjata kimia di berbagai-bagai ceruk tempat.

Assad dan sekutunya selalu menuduh FSA yang membunuh rakyat Syria. Manakala para Mujahidin di dalam Syria kesemuanya adalah pemberontak yang berbahaya. Padahal mereka (para Mujahidin dan FSA) adalah rakyat awam yang tidak tahan melihat saudara seakidah dengannya dan anggota keluarganya diseksa dan dibunuh satu persatu sehingga mereka menubuhkan satu persatu kumpulan bergerak untuk memerangi tentera-tentera rejim Syiah Assad yang menghalalkan pembunuhan secara zalim lagi tidak bertamadun itu. 

Apa yang dilakukan oleh Assad dan sekutu-sekutunya bukanlah untuk melindungi rakyat Syria, sebaliknya mereka hendak membersihkan bumi Syria daripada ucapan, "Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah."

Saudara-saudara kita di Syria, Rohingya, Mesir dan dari negara-negara lain diancam, dihina, diseksa dan dibunuh dengan begitu zalim lagi sadis hanya kerana mereka ingin menegakkan Syariat Allah di atas muka bumi ini dan hanya demi mempertahankan dua kalimah Syahadah. 

Keadaan tersebut seperti sabda Nabi S.A.W: 

"Kelak akan tiba suatu masa di mana kamu dituntut untuk menambahkan kesabaran. Bukan hanya sekadar bersabar, tapi hendaklah menambahkan kesabaran. Di mana orang yang ketika itu melaksanakan dan berpegang teguh pada ajaran Islam yang benar, ibarat menggenggam bara api." [HR. Bukhari dan Muslim].

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger