Searching...

Kerajaan Turki Membuat Peraturan Baru Mengenai Pernikahan Gadis Syria Kerana ...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Apabila seorang rakyat Turki mahu bernikah dengan gadis Syria, maka dia diwajibkan untuk membayar mahar sebesar lebih kurang USD 15,000. Dan apabila dia mahu bercerai, maka dia tidak dibenarkan untuk bernikah dengan gadis Syria yang lain pula.

Peraturan ini dibuat oleh kerajaan Turki sebagai langkah berjaga-jaga dan usaha mereka bagi melindungi wanita-wanita Muslimah Syria yang menjadi pelarian di Turki.

Dengan mengingatkan akan perkara ini, bahawa semakin banyaknya kes-kes culik kanak-kanak perempuan Syria dan anak-anak gadis Syria di merata-rata tempat kawasan pelarian di luar Syria.

Seorang rakyat Syria pernah berkata, "Sesungguhnya kami berasa agak kecewa apabila kami meninggalkan rumah dan negara kami untuk tinggal di khemah-khemah kecil di kawasan kem-kem pelarian untuk melindungi anak dan keluarga kami agar tidak dibunuh oleh rejim Assad, tetapi semasa kami berada di kem-kem pelarian, ramai orang berusaha menghina kami.

Ia juga bercerita mengenai ramai lelaki yang tidak bertanggungjawab dari pelbagai ceruk negara khasnya dari Lebanon mendekati pada kami di kawasan kem pelarian dan meminta kepada kami untuk menikahkan anak gadis kami dengannya berserta mahar cuma sebesar 100 pound Syria (cuma RM5.96). Maka mereka terus memaksa kami lalu kami pun berkata kepada mereka bahawa kami sebagai ketua keluarga tidak mampu membangun keluarga kami dalam keadaan sebegini.

Biasanya lelaki-lelaki itu akan mencari keluarga-keluarga yang mana mempunyai suami, ayah atau saudara lelakinya yang telah meninggal dunia dengan memaksa untuk menikahkan wanita di dalam keluarga mereka.

Ramai anak-anak perempuan kami yang masih kecil lagi diculik semasa mereka sedang bermain dan hingga sekarang tidak diketahui khabar dan beritanya."

P/S: Beginilah nasib pelarian Syria di mana ramai orang mengambil kesempatan di atas kesempitan keadaan keluarga mereka dengan cara penghinaan yang tertera seperti di atas. Nasihat saya, bantulah sedaya yang mungkin dengan menghulurkan sumbangan, bantuan dan tempat tinggal yang baru buat mereka agar mereka dapat memulakan kehidupan baru terlebih dahulu sebelum anda mempunyai hasrat keinginan untuk bernikah dengan wanita-wanita Syria.

Wallahua'lam. Diterjemahkan dari Zaman Washl Media dan dari pelbagai sumber.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger