Searching...

Khas Buat Wanita, Jadikan Allah Sebagai Teman Akrab Anda

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Berikut saya kongsikan serba sedikit mengenai tips-tips berupa kata-kata nasihat yang ditujukan khas buat wanita yang saya petik dari sumber yang tidak diketahui penulis asalnya. Cuma, jika para wanita membaca, memahami, menghayati dan mengambil iktibar daripadanya, insya-Allah mereka yang merupakan penulis asal bagi kata-kata nasihat di bawah ini akan dikurniakan ganjaran pahala dari Allah S.W.T. Berikut adalah kata-kata nasihat berkenaan:
  1. Jangan biarkan seorang lelaki yang bukan mahram anda menjadi pendengar cerita dan luahan hati anda setiap hari. Jadikan Allah sebagai tempat anda meluahkan cerita dan perasaan hati anda. Allah tidak akan pergi sekiranya anda menjinak-jinakkan diri di hadapan-Nya. Tetapi, seorang lelaki yang masih belum ada ikatan pernikahan dengan anda, boleh pergi pada bila-bila masa sahaja. 
  2. Jangan biarkan setiap cerita kegemaran anda dikaitkan dengan diri si dia (lelaki yang bukan mahram anda). Nanti bila si dia telah tiada, walaupun anda tengok cerita itu kelakar, tidak semena-mena anda akan menangis.
  3. Jangan biarkan lagu-lagu kegemaran anda dijadikan lagu untuk si dia (lelaki yang bukan mahram anda) dan anda. Takut-takut, lagu yang rancak pun boleh buat jiwa anda kacau.
  4. Jangan biarkan barang-barang kegemaran anda mempunyai hubung-kait dengan si dia (lelaki yang bukan mahram anda). Jika si dia sudah tiada, barang tersebut akan dijadikan diri anda serba tidak kena seperti, hurmm... Nak buang, sayang. Nak simpan, banyak kenangan.
  5. Jangan biarkan ingatan tentang diri si dia (lelaki yang bukan mahram anda) masuk walaupun sesaat sekalipun dalam ingatan anda dalam sehari. Nanti bila ia dijadikan tabiat, susah anda hendak buang. Terasa sakitnya umpama terdapat duri yang mencucuk-cucuk di dalam dada anda. Pergghhh... Jiwang habis!
  6. Jagalah hati dan janganlah anda menodai hati anda dengan tingkah laku yang berlandaskan hawa nafsu. Jangan terlalu sayang, dan jangan pula terlalu benci. Nanti apabila terjadinya sesuatu, pasti akan terjadi yang sebaliknya (maksud di sini adalah perbuatan yang bercelaru).
  7. Janganlah percaya walaupun satu patah perkataan sekalipun kata-kata lelaki yang bukan mahram anda. Apa-apa pun boleh terjadi jika anda cenderung untuk percayakan si dia. Sebaik-baik seseorang lelaki itu, akan ada sesuatu yang dia hendak berselindung daripada anda. Sama ada dia berniat untuk tidak menyakiti hati anda atau memang dengan niat untuk menyakiti hati anda. Mohonlah petunjuk dari Allah S.W.T dengan berdoa agar anda tidak terpedaya atau dipedaya dengan sebegitu mudah.
  8. Janganlah menaruh setinggi harapan kepada si dia (lelaki yang bukan mahram anda). Walau macam mana sekalipun "gentleman" seseorang lelaki itu yang sanggup jumpa ibu bapa anda, dan telah berniat untuk berkahwin dengan anda, maka anda hendaklah menjadi manusia yang rasional dengan tidak menaruh harapan anda pada si dia tersebut. Sebaliknya hendaklah menaruh harapan anda terhadap diri anda sendiri dengan berusaha, berdikari dan memperbaiki diri anda dengan menjadikan Allah sebagai teman akrab anda (tempat mengadu) selagi anda belum diijab kabul.
Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger