Searching...

Kompas Disama Ertikan Dengan Hidayah Sebagai Petunjuk Arah Jalan Hidup Manusia. Setuju Tak?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Begitulah yang dapat kita gambarkan bahawa pentingnya kompas ketika berada di dalam hutan. Bagaimana pula kompas yang hendak kita gunakan sebagai petunjuk arah jalan hidup manusia dalam meneroka belantara kehidupan? Apakah 'kompas' kita dalam hidup ini? 'Kompas' kita dalam kehidupan ini ialah hidayah. Hidayah dari segi bahasa bermaksud hadiah. Manakala dari segi istilah pula adalah kurniaan daripada Allah kepada manusia sebagai petunjuk dalam menempuhi 'belantara kehidupan'-nya.

Hidayah sangat penting buat manusia. Malah lebih penting daripada sebuah kompas buat seorang komando. Tanpa hidayah, kembara manusia di alam dunia ini akan hilang arah dengan hanyut dibuai arus duniawi. Dan apabila kembara tersebut telah hilang arah di dunia, maka kebinasaan akan menantinya di alam-alam seterusnya.

Oleh kerana pentingnya hidayah dalam kehidupan, maka Allah S.W.T sendiri mengajar manusia agar memohon hidayah kepada-Nya. Ingat! Sesuatu yang diperintahkan secara khusus oleh Allah agar kita meminta kepada-Nya adalah sesuatu yang sangat penting. Bukan sekali, tetapi 17 kali kita meminta kepada-Nya setiap hari tanpa kita sedari. Bukan setahun sekali atau sebulan sekali. Nak tahu doa apa yang kita minta kepada-Nya agar diberikan hidayah setiap hari tanpa kita sedari?

Inilah doanya:


اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Maksudnya: "Tunjukilah kami jalan yang lurus." [Surah Al-Fatihah ayat 6].

Doa tersebut kita ulang-ulangkan menyebut sebanyak 17 kali dalam surah Al-Fatihah yang kita baca dalam solat 5 waktu sehari semalam. Jumlah keseluruhan rakaat dalam solat lima waktu adalah 17 rakaat, 17 kali kita membaca surah Al-Fatihah, maka 17 kali kita berdoa kepada Allah agar diberikan hidayah dalam menempuhi 'belantara hidup'. Kita diwajibkan meminta kepada-Nya. Jika tidak meminta, maka solat kita tidak sah! Jika tidak sah solat dan tidak pula dikerjakan semula solat, maka kita menanggung dosa besar! Maksud di sini, kita diwajibkan memohon hidayah kepada Allah S.W.T.

Apa jawapan Allah terhadap permintaan kita saban hari dari hari itu sehingga ke hari ini? Adakah Allah telah memberikan kita hidayah sepertimana yang kita telah pohon kepada-Nya dalam solat? Ataupun permohonan kita masih belum diperkenankan lagi? Janganlah berputus asa terhadap Allah kerana Allah-lah yang mengurniakan kita berbagai-bagai keperluan nikmat untuk kita berusaha menggunakan 'kompas' semasa kita menempuhi 'belantara hidup' ini. Bermacam-macam nikmat telah kita peroleh di dunia ini. Nikmat yang membantu kita jelajah bersama dengan 'kompas', tidak pernah kita sedari. Cuba kita fikir dan renungkan...

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger