Searching...

Lagi Perbuatan Rasulullah S.A.W Menghiburkan Anak Kecil Dan Cucu-cucu Baginda

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Riwayat yang lebih masyhur menyebutkan, Rasulullah S.A.W pernah sekali sujud begitu lama dalam solatnya. Maka salah seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda sujud begitu lama, sehinggakan kami menyangka ada sesuatu kejadian atau anda sedang menerima wahyu." Rasulullah S.A.W, menjawab, "Tidak ada apa-apa, aku di tunggangi oleh cucuku dengan begitu lama, maka aku tidak mahu tergesa-gesa sampai dia merasa puas.Adapun anak yang dimaksud oleh baginda itu ialah Al-Hassan atau Al-Hussain r.a.

Ketika Rasulullah S.A.W melawat ke rumah anak perempuannya, iaitu Sayyidatina Fatimah r.a, baginda mendengar Al-Hussain sedang menangis, maka baginda berkata kepada Fatimah, "Adakah engkau belum memahami bahawa anak itu menangis menggangguku?" Lalu baginda memangku Al-Hussain di atas leher baginda dan berkata, "Ya Allah, sesungguhnya aku cinta kepadanya, maka cintailah dia."

Ketika Rasulullah S.A.W sedang berada di atas mimbar, Al-Hassan yakni cucu baginda tergelincir. Lalu baginda turun dari mimbar dan membawa cucu baginda tersebut.


Rasulullah S.A.W menghiburkan Anak Kecil yang Kematian Bapanya Dalam Peperangan.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari raya, Rasulullah S.A.W keluar rumah untuk menunaikan solat AidilFitri. Di tengah jalan, baginda melihat ramai anak-anak kecil sedang bermain dengan penuh gembira sambil berketawa-ketawa. Mereka mengenakan baju baru, kasut mereka pun nampak berkilat. Tiba-tiba pandangan baginda tertumpu pada salah seorang anak kecil yang sedang duduk menyendiri dan sedang menangis tersedu-sedu. Bajunya compang-camping dan kakinya tidak berkasut. Rasulullah S.A.W, pun mendekatinya, lalu diusap-usapnya kepala anak kecil itu sambil mendakapnya ke dada baginda seraya bertanya, "Mengapa engkau menangis, Nak?"

Anak kecil itu hanya menjawab, "Biarkanlah aku bersendirian." Anak itu belum tahu lagi bahawa orang yang berada di hadapannya itu adalah Rasulullah S.A.W yang terkenal dengan sifat pengasih. Maka anak kecil itu pun berkata, "Ayahku mati dalam suatu peperangan bersama Rasulullah." Sambung anak kecil itu, "Lalu ibuku kahwin lagi. Seluruh hartaku habis diambil oleh suami kepada ibuku itu, lalu aku dihalau keluar dari rumahnya. Sekarang aku tidak mempunyai baju baru dan makanan untuk dimakan. Aku sedih melihat kawan-kawanku bermain dengan riang dan gembira itu."

Maka Rasulullah S.A.W lantas membimbing anak kecil tersebut seraya menghiburkannya, "Sukakah kamu bila aku menjadi bapakmu, Fatimah menjadi kakakmu, Aisyah menjadi ibumu, Ali sebagai saudaramu, Hassan dan Hussain menjadi anak saudaramu?" Anak itu segera mengetahui dengan siapa ia berkata. Maka langsung ia berkata, "Mengapa pula aku tidak suka, ya Rasulullah?" Kemudian, Rasulullah S.A.W pun membawa anak kecil itu ke rumah baginda, dan memberinya pakaian yang paling cantik, memandikannya, dan menghiaskan diri anak kecil itu agar ia nampak lebih bergaya, lalu mengajaknya makan.

Sesudah itu, anak kecil itu pun keluar bermain dengan kawan-kawannya yang lain, sambil berketawa-ketawa dan keriangan. Melihat akan perubahan pada anak kecil itu, kawan-kawannya merasa hairan lalu bertanya, "Tadi kamu menangis, mengapa kamu sekarang bergembira?"Jawab anak kecil itu, "Tadi aku kelaparan, sekarang aku sudah kenyang. Tadi aku tidak mempunyai pakaian, sekarang aku sudah ada pakaian, tadi aku tidak mempunyai bapa, sekarang bapaku Rasulullah dan ibuku Aisyah." Anak-anak kecil yang lain saling berbisik, "Wah, andaikan bapa kita mati dalam peperangan pada hari-hari berikutnya, anak kecil itu tetap di pelihara oleh Rasulullah S.A.W sehingga baginda wafat."

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger