Searching...

Laporan Terkini Pergerakan Mujahidin Ke Kawasan Perkampungan Basyar Assad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Latakia merupakan daerah kedua terpenting bagi rejim Syiah Assad selepas ibu Negara Syria yakni Damsyik (Damaskus). Daerah tersebut merupakan tempat di mana Basyar Assad berasal dari bandar Qardahah iaitu sebuah perkampungan Basyar Assad. Selain itu, daerah Latakia juga merupakan tempat keluarga besar Assad berada dan menetap. Selebihnya merupakan penempatan asas penduduk Syiah Alawiyah di Syria. 

Oleh sebab itulah daerah Latakia merupakan daerah di mana rejim Assad betul-betul menaruh perhatian yang sangat besar demi keselamatan majoriti rakyat Syiah Alawiyah di Latakia dan memastikan bahawa daerah tersebut tidak ditawan oleh pihak Mujahidin. Latakia merupakan daerah yang dijanjikan Assad kepada Iran dan Syiah Lebanon sebagai pusat untuk mendirikan negara Syiah kedua di Syria selepas negara Iran.

Selain sebagai penempatan asas bagi penduduk Syiah Alawiyah, Latakia merupakan daerah yang sangat strategik kerana daerah tersebut mempunyai kawasan persisiran pantai di mana proses pengiriman senjata dari Russia dan Iran melalui laluan kawasan laut menjadi sangat mudah. Ditambahnya pula daerah tersebut mempunyai satu-satunya kawasan yang tidak pernah dijejak oleh Mujahidin iaitu kawasan laut persisiran pantai, sehinggakan rejim Assad dapat menggunakan laluan kawasan laut sepenuhnya secara berleluasa.


Perkembangan Terkini Pergerakan Mujahidin Di Latakia

Latakia terbahagi kepada tiga kawasan yakni Kawasan Jabal Akrad, Jabal Turkman dan Jabal Suhyuni.

Jabal Akrad merupakan kawasan yang majoritinya Muslim Ahlus Sunnah dan telah dikuasai 100% di bawah jajahan takluk Mujahidin.

Manakala 65% daripada kawasan Jabal Turkman kini juga telah berada di bawah jajahan takluk Mujahidin.

Sedangkan Jabal Suhyuni merupakan kawasan yang mempunyai percampuran penempatan penduduk antara Muslim Ahlus Sunnah dan Syiah. Kawasan tersebut berada di bawah kekuasaan ketenteraan rejim Syiah Assad. 

Mujahidin dari seluruh kawasan Syria terus bergerak menuju ke Latakia untuk mengambil alih kawasan tersebut daripada tentera Syiah, dan ini merupakan langkah yang terbaik mereka perlu ambil setelah terjadinya insiden pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh puak-puak Syiah seperti Hizbussyaiton, pasukan Syabiha Assad, rejim Assad dan tentera dari Iran terhadap saudara-saudara Muslim Ahlus Sunnah di Al-Qushayr, Baniyas dan kawasan-kawasan lain di Syria.

Berikut merupakan klip video yang boleh dijadikan rujukan mengenai perancangan Mujahidin menawan keseluruhan daerah Latakia akan datang:


Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger