Searching...

Mujahidin FSA Memasuki Bandar Penduduk Kristian Bagi Melindungi Kaum Nasrani yang Berada Di Dalamnya.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pelagia Sayah iaitu seorang ketua biara Saint Mar Takla di Maloula membantah tuduhan mengenai serangan Mujahidin FSA terhadap gereja-gereja dan biara-biara di Maloula, yakni sebuah bandar bersejarah dan terpenting bagi kaum Nasrani di pelusuk dunia (Bandar Maloula merupakan bandar terakhir bagi lebihan penduduk Aram yang tinggal di atas muka bumi. Bandar tersebut terletak berdekatan dengan bandar di Damsyik).

Dalam sebuah temubual dengan saluran TV Lebanon, ia menjelaskan bahawa FSA masih berada di bandar tersebut. Mereka berada di pinggir bandar Maloula dan sepanjang malam kelmarin, FSA terlibat dalam pertempuran senjata api dengan pihak rejim.

Apa yang ia katakan, sangat bertentangan dengan apa yang saluran TV Iran (Almayadin) telah siarkan. Mereka menyiarkan mengenai bagaimana orang-orang yang bersenjata telah mencuri Gereja Mar Elias di bandar Maloula, pinggir bandar Damsyik.

Pertempuran sengit antara rejim Assad dan para Mujahidin barisan hadapan yakni Jabhah An-Nusrah di sekitar pergunungan dan Mujahidin terus berusaha menyerang pasukan rejim dari dalam bandar, demikian menurut pemerhati yang mengumpulkan maklumat daripada rangkaian aktivis anti-rejim.

Mujahidin FSA memasuki kawasan perkampungan Kristian Kuno Maloula (diwartakan di laman sesawang UNESCO sebagai sebuah tapak warisan dunia sementara pada hari Rabu, 5 September 2013) selepas Mujahidin Jabhah An-Nusrah meletupkan di salah sebuah tempat pos pemeriksaan rejim di pintu masuk ke kawasan kampung pergunungan untuk membebaskan bandar Maloula daripada pengepungan tentera rejim Assad.

Maloula berada pada 60 kilometer timur laut dari bandar Damsyik dan merupakan kawasan perumahan bagi 3,300 penduduk Aram dari kaum Nasrani. Beberapa orang dalam kalangan penduduk Aram masih bercakap dalam versi bahasa Aram yakni bahasa kuno pada zaman penggunaan kitab Injil yang diyakini telah diucapkan oleh Nabi Isa A.S.

Sebelum ini, seluruh pinggir kawasan bandar tersebut telah dikuasai oleh pasukan rejim Assad dan dikelilingi oleh pos-pos pemeriksaan ketenteraan rejim. Mujahidin menyerang pos-pos tersebut untuk membebaskan bandar Maloula daripada pengepungan rejim Assad.

Sumber dari Zaman Washl Media.


P/S: Peristiwa di atas mengingatkan kita mengenai sejarah Khalid bin Al-Walid pada ketika itu beliau membebaskan bandar Damsyik daripada tentera-tentera Rom dan sejarah Shalahuddin Al-Ayyubi pula membebaskan Palestin daripada tentera-tentera Salib (Nasrani). Mereka merupakan Panglima-panglima besar dalam sejarah Islam dengan memasuki tempat-tempat tersebut tanpa ada pertumpahan darah (tidak seperti tentera salib yang pada masa itu pernah menguasai Palestin lalu membunuh umat Islam yang berada di dalam kawasan Palestin itu).

Setelah berjaya memerdekakan bandar-bandar tersebut, Pasukan tentera Muslimin memasuki tempat-tempat tersebut dengan membawa kedamaian dan tidak ada seorang pun dalam kalangan penganut agama lain yang mereka usik ataupun mereka serang. Bahkan mereka membiarkan penganut agama lain menganut agama mereka masing-masing dan beribadah di tempat-tempat ibadat mereka tanpa diganggu ataupun dizalimi oleh tentera-tentera Muslimin. Bahkan tentera-tentera dalam kalangan penganut agama lain dibiarkan hidup dalam keadaan aman, damai dan berjiran secara baik dengan kaum Muslimin.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger