Searching...

Peduli (Sumber Kebahagiaan) @ Tidak Peduli (Sumber Kebinasaan) Buat Anak-anak Mereka

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Anak-anak adalah penyejuk mata, sumber kebahagian dan lambang persaudaraan. Mereka menjadikan kehidupan ini sangat indah dan menjadi sumber harapan oleh para ibu bapa selepas Allah S.W.T. Anak-anak adalah punca rezeki, rahmat dan pahala yang banyak.

Tetapi itu semua bergantung kepada bagaimana ibu bapa membesarkan dan mendidik mereka sehingga mereka menjadi anak yang soleh, menghormati orang tua dan menjadi sumber kebahagiaan. Jika anak-anak itu memiliki sifat-sifat tersebut maka bererti ibu bapa itu mendapat kejayaan yang sebenar dalam hidup ini, sebagaimana dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya:

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Maksudnya: "Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan di dunia." [Surah Al-Kahfi ayat 46].

Kerana itulah Rasulullah S.A.W selalu mendoakan orang-orang yang Baginda sayangi, supaya Allah mengurniakan mereka dengan kekayaan dan anak-anak yang ramai.

Anas Bin Malik r.a menceritakan bahawa beliau bersama ibunya dan ibu saudaranya menziarahi Baginda S.A.W. Rasulullah S.A.W mengimami mereka dalam solat, kemudian Baginda berdoa untuk mereka. Ummu Anas berkata, "Ya Rasulullah, doakanlah pembantu kecilmu ini." Maka Rasulullah pun mendoakannya, dan akhir doa itu berbunyi: "Ya Allah, berilah dia kekayaan dan anak-anak yang ramai, dan berkatilah dia." [HR Bukhari dan Muslim].

Tetapi, sekiranya ibu bapa tidak peduli ketika membesarkan anak-anak mereka, maka hasilnya ialah kebinasaan. Anak-anak mereka akan menjadi manusia yang menyakitkan hati mereka, mengecewakan mereka dan mengakibatkan ibu bapa tidak pernah tidur lena serta sentiasa menjadi bimbang setiap hari. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger