Searching...

Perbezaan Antara Agama Islam Dan Agama Syiah yang Sebelum Ini Mungkin Ada Kekeliruan Sedikit

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kita semua sedia maklum bahawa ajaran Syiah merupakan ajaran yang terkeluar daripada landasan akidah umat Islam. Namun begitu, masih ada segelintir orang yang tidak boleh dapat membezakan antara akidah Islam dengan akidah Syiah memandangkan Syiah dari segi imejnya (luaran), mereka kelihatan seperti penganut agama Islam. Itu yang membuatkan kita merasa keliru kerana kepelbagaian perwatakan mereka yang sering memutar-belitkan fakta dengan mengatakan bahawa mereka menunaikan ibadah seperti mana umat Islam kerjakan. Tetapi, ibadah mereka jauh terpesong dari segi akidahnya (dalaman). Berikut saya hendak kongsikan mengenai perbezaan antara agama Islam dengan agama Syiah, supaya kita tidak keliru dengan ajaran-ajaran yang dianuti oleh golongan Syiah:


1. Ketuhanan dan kenabian.

Agama Islam:
Islam mempercayai bahawa, barang siapa yang mengatakan aku rela Allah sebagai Robb-ku (Tuhanku), Islam sebagai agamaku dan Muhammad S.A.W sebagai utusan Allah, maka wajib baginya syurga. [HR Abu Daud].

Agama Syiah:
Kami tidak mengakui Tuhan Nabi Muhammad dan tidak pula mengakui nabi itu, sesungguhnya Tuhan yang menjadikan pengganti selepas nabi iaitu Abu Bakar, bukan Tuhan kami dan bukan pula nabi itu nabi kami. (Al Anwar An Numaniyah jilid 1 hal. 278, salah satu kitab terpenting Syiah).


2. Kitab Suci.

Agama Islam:
Islam mempercayai bahawa Al-Qur'anul Karim dijamin ketulenannya dan tidak ada perubahan, tokok tambahan ataupun pengurangan di dalamnya. Sila rujuk surah Fussilat ayat 41 hingga 42:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالذِّكْرِ لَمَّا جَاءهُمْ وَإِنَّهُ لَكِتَابٌ عَزِيزٌ

لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,

Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji." [Surah Fussilat ayat 41-42].

Agama Syiah:
Syiah mempercayai bahawa Al-Qur'an sekarang sudah tidak asli lagi, yang aslinya adalah mushaf Fatimah yang tebalnya 3 kali lebih besar daripada Al-Qur'an yang ada sekarang. [Al Anwar An Numaniyah jilid 1 hal. 31].


3. Imamah / Kepemimpinan.

Agama Islam:
kepemimpinan dalam Islam setelah Nabi adalah Khulafa' Ar-Rasyidin yakni Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar Bin Al-Khattab Al-Farouq, 'Utsman Bin Affan Dzun-Nurain dan Abus-Sibthan Ali Bin Abi Thalib. Kemudian kepemimpinan bersambung kepada Khilafah Bani Umayyah dan seterusnya.

Agama Syiah:
Hanya mengakui Imamah Ali amirul mu'minin dan Fatimah, Al-Hassan, Al Hussein, Ali As-Sajjad, Muhammad Al-Baqir, Ja'far As-Shadiq, Musa Al-Khazim, Ali Ar-Ridha, Muhammad Al-Jawad, Ali Al-Hadi, Al-Hasan Al-Askari, Al-Mahdi.


4. Ahlul Bait / Keluarga.

Agama Islam:
Ahlul Bait dalam Islam adalah keluarga Ali, Keluarga Aqil, Keluarga Ja'far dan keluarga 'Abbas dan tidak diragukan pula bahawa isteri-isteri Nabi S.A.W adalah termasuk dalam keluarga baginda S.A.W. Mereka tidak maksum daripada kesalahan Sila rujuk surah Al-Azhab ayat 32 hingga 34:

يَا نِسَاء النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاء إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً

وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَى فِي بُيُوتِكُنَّ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ لَطِيفاً خَبِيراً

Maksudnya: "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya." [Surah Al-Ahzab ayat 32-34].

Agama Syiah:
Pada pendapat Syiah yang termasuk Ahlul Bait hanyalah keluarga Ali Bin Abi Thalib dan keturunanya, walaupun isteri-isteri Nabi S.A.W termasuk dalam keluarga baginda S.A.W, tetapi mereka (Syiah) tidak menyenaraikan ke dalam Ahlul Bait kerana sangat berkemungkinan bagi pendapat Syiah bagi seorang wanita (para isteri Nabi S.A.W) itu adalah kafir sebagaimana isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth.


5. Para sahabat Nabi.

Agama Islam:
Islam mencintai para sahabat Nabi, kerana baginda S.A.W bersabda, "Sebaik-baik umatku adalah generasiku, kemudian seterusnya dan seterusnya." (HR. Bukhari] Rujuk surah At-Taubah ayat 100 seperti berikut:

وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya: "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." [Surah At-Taubah ayat 100].

Agama Syiah:
Syiah beranggapan bahawa para sahabat Nabi S.A.W adalah orang yang paling jahat daripada umat ini, maka mereka semua bagi Syiah, telah murtad setelah wafatnya Nabi S.A.W melainkan beberapa orang sahaja iaitu empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar." [Rujukan: Tafsir As-Safi. (1/389)]. Abu Bakar dan Umar belum pernah beriman kepada Allah walaupun sedetik sekalipun bagi pendapat Syiah.


6. Tempat suci.

Agama Islam:
Tempat suci dalam Islam ada tiga, sebagaimana dalam hadis berikut, "Janganlah kalian melakukan perjalanan untuk tujuan ibadah (di suatu tempat khusus) kecuali tiga Masjid, Masjidil haram, Masjidku (Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsha." (HR Bukhari).

Agama Syiah:
Hanya mempercayai bahawa tempat yang paling utama untuk mengerjakan beribadah ialah:
1. Kawasan perkuburan Al-Hussein.
2. Ziarah ke kawasan perkuburannya lebih utama daripada Haji Mabrur.
3. Karbala lebih afdhal daripada Ka'bah.


7. Ilmu Ghaib.

Agama Islam:
Islam mempercayai bahawa tidak ada yang mengetahui ilmu ghaib melainkan Allah. Sila rujuk surah An-Naml ayat 65 dan surah Al-An'aam ayat 59:

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Maksudnya: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)." [Surah An-Naml ayat 65].

وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Maksudnya: "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata." [Surah Al-An'aam ayat 59].

Agama Syiah:
Para Imam-imam mengetahui ilmu yang telah berlaku, akan terjadi dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada mereka.


8. Ukhuwah / Persaudaraan.

Agama Islam:
Setiap orang yang beriman adalah bersaudara bagaikan satu tubuh yang saling menyokong antara satu sama lain. Rujuk surah Al-Hujurat ayat 10 seperti berikut:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [SUrah Al-Hujurat ayat 10].

Agama Syiah:
Syiah menganggap Ahlus Sunnah adalah golongan An-Nawashib. Dengan beranggapan bahawa golongan An-Nawashib adalah kafir sehinggakan darah dan harta mereka halal bagi Syiah.


9. Nikah mut'ah / Kahwin kontrak.

Agama Islam:
"Nikah mut'ah atau pun perkahwinan kontrak adalah haram hukumnya sehingga hari kiamat." [HR Muslim].

Agama Syiah:
Nikah mut'ah itu sebahagian daripada agama dan agama nenek moyang kami, barangsiapa yang mengamalkannya bermakna ia mengamalkan agama kami dan barangsiapa mengingkarinya bermakna ia mengingkari agama kami.


10. Taqiyyah / Berdusta.

Agama Islam:
Taqiyyah yakni berdusta hukumnya adalah haram, kecuali dalam keadaan terpaksa dan darurat yang boleh mengakibatkan kita terbunuh. Rujuk surah An-Nahl ayat 105 hingga 106:

إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللّهِ وَأُوْلـئِكَ هُمُ الْكَاذِبُونَ

مَن كَفَرَ بِاللّهِ مِن بَعْدِ إيمَانِهِ إِلاَّ مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإِيمَانِ وَلَـكِن مَّن شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْراً فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِّنَ اللّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: "Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar." [Surah An-Nahl ayat 105-106].

Agama Syiah:
Berdusta atau bertaqiyyah adalah sebahagian terpenting daripada agama mereka. Bahkan siapa yang tidak mengamalkannya bererti dia tidak beragama.


11. Imam Mahdi.

Agama Islam:
Imam Mahdi umat Islam adalah Muhammad bin Abdillah Al-Mahdi Al-Fathimi Al-Quraisy yang akan muncul pada akhir zaman, dan memerintah selama 7 tahun untuk memerangi Yahudi dan Nasrani serta akan memerangi Dajjal bersama Isa A.S.

Agama Syiah:
Adapun Imam Mahdi agama Syiah bernama Muhammad bin Hasan Al-Askari yang lahir pada tahun 225 H tatkala berumur lima tahun. Dia masuk ke dalam gua As-Samuroi di Iraq, dan sekarang dia masih hidup (Konon-kononnya). Dia akan memerintah selama 70 tahun, dan akan membangkitkan Sayyidina Abu Bakar berserta Sayyidina Umar Bin Al-Khattab kemudian akan menyalibnya. Dia juga akan memukul Sayyidatina Aisyah dengan had pukulan sebatan.


12. Asal-usul ajaran.

Agama Islam:
Ajaran Ahlus Sunnah Waal Jamaah diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W berserta pengikutnya yang senantiasa berpegang teguh pada ajaran sunnahnya.

Agama Syiah:
Ajaran diasaskan oleh Abdullah bin Saba'. Dia adalah seorang pendeta Yahudi yang berpura-pura masuk Islam bertujuan untuk menghancurkan Islam bermula dari dalam dan dia juga orang yang pertama mengisytiharkan bahawa Sayyidina Ali Bin Abi Thalib yang lebih berhak menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Dia juga yang pertama kali mencela sahabat Rasulullah S.A.W.

Akan tetapi,

Sekarang Syiah tidak mengakui bahawa Abdullah bin Saba' sebagai pengasasnya, kerana pada kurun ke-14 telah munculnya satu isu kalau Abdullah bin Saba' adalah manusia yang dilihat dalam rupa gambaran, mungkin didorong bagi Syiah itu sendiri perasaan yang tidak sedap, kerana timbulnya imaginasi yang menunjukkan ajaran Syiah adalah berasal daripada ajaran Yahudi.

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger