Searching...

Petua Berkesan Kurangkan Rabun Dan Tajamkan Penglihatan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ini adalah salah satu tips-tips berkesan yang dipetik dari fan page laman sosial Facebook (Pakar Diari Hati). Sila fahami dan hayati... 

Saya suka bertanya kepada orang alim dan ustaz-ustaz. Amalan ini saya dapat daripada ustaz sebelah bilik guru saya yakni Ustaz Mazri. Dipercayai ilmu ini adalah warisan tok-tok guru sekolah pondok. Insya-Allah, berkesan kurangkan rabun dan tajamkan penglihatan. Saya kongsikan berkenaan: 

Semasa anda menjawab azan, apabila terdengar laungan seperti berikut:

 أشهد أن محمد رسول الله

Maka hendaklah menjawabnya dan kemudian, bacalah ayat berikut:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

Maksudnya: "Maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).[Sila rujuk surah qaf (ق) ayat ke-22].

Kemudian hembuskan nafas melalui mulut pada belakang ibu jari seperti dalam gambar di atas. Selepas itu, gosok belakang ibu jari itu pada kedua-dua mata. (Peringatan: Jari kanan untuk mata kanan, jari kiri untuk mata kiri).

P/S: Ustaz pesan, ia juga dapat membantu dengan khasiat ayat Al-Qur'an yakni merawat penyakit mata dan jangan tersalah niat, nanti terbuka pula hijab depan mata nampak benda yang tak elok. Tapi niatkan agar mata dibuka hijab untuk memilih jalan kebaikan dan pilihan yang terbaik (yakni jodoh, kerjaya, dan sebagainya). Jom kita amalkan bersama.

# Sumber gambar di atas adalah daripada jari PDH di meja guru (sebelah meja Ustaz Mazri).

Insya-Allah, ini adalah salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita. 

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

6 comments:

  1. minta tlg admin jelaskan ayat tu.tak berapa clearla.tq

    ReplyDelete
  2. maksud saya besarkan tulisan jawi tu

    ReplyDelete
  3. Dah siap edit.. Kalau tak berapa nak faham ayat, boleh rujuk dlm Al-Qur'an, surah Qaaf, ayat 22.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya kurang faham pasal kena pasang niat betul'2 tu. Petua00l nie boleh buka hijab sampai nmpak bnda'2 halus ke? :/

    ReplyDelete
  5. ustaz pernah cakap,, memang ada ayat dalam al-quran ni [ayat Qaaf:22] kalau kita baca dan niat utk hijab terbuka insyaAllah akan terbuka hijab mata dengan izin Allah..bila hijab dah terbuka,,,kita akan nampak apa yang kita x nampak sebelum ni macam makhluk halus, jin-jin...tapi kalau niatkan baca dengan niat utk tajamkan penglihatan insyaAllah mata kita akan tajam atas izin Allah...:)

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger