Searching...

Petua Berkesan Macam Mana Nak Buat Anak Anda Solat Tanpa Perlu Disuruh, Dibebel Dan Dipukul

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Saya terjumpa satu petua dan testimoni daripada seorang ibu terhadap seorang anak perempuannya yang malas mengerjakan solat ketika telah sampai masuk waktu solat. Petua ini saya perolehi dari fan page laman sosial facebook, [SubhanALLAH Alhamdulillah Walaa illaha illallah Allahu Akbar]. Sila fahami dan hayati...

Anak perempuan saya berumur 13 tahun dan sangat 'liat' mengerjakan solat. Suatu hari, terlintas di hati saya hendak memantau anak saya bersolat. Boleh saja dia hampar sejadah ke atas lantai, tapi dia tidak menunaikan solat. Bila saya bertanya, "Dah solat ke belum?". Katanya, "Dah." Saya berasa sangat marah. Dahlah tidak bersolat, menipu pulak. Disebabkan perasaan marah saya meluap-luap, maka saya pukul anak saya, tapi tidak perasan sekuat mana saya telah pukul dia. Mungkin bagi dia sangat sakit. 

Apabila saya tersedar, masya-Allah... Saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun kepada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah membebel-bebel, saya dah bagi amaran. Namun begitu, anak saya tetap tidak mahu berubah. Amat sukar dan liat untuk mengerjakan solat.

Pada suatu hari, ada kawan bagitahu saya satu cerita. Beliau ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya itu tidak ada laa kuat mana pegangan agamanya. Tetapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk menunaikan solat.

Tidak perlu disuruh, dan tidak perlu dipaksa.

Kawan saya ini ada tanya sama kawannya, macam mana hendak buat anak-anaknya bersolat tanpa perlu disuruh? Beliau berkata, "Sebelum saya berkahwin saya baca doa ini dan saya masih amalkan doa ini sampai sekarang."

Sejak dari hari itu, saya tidak putus-putus amalkan membaca doa tersebut. Saya baca dalam sujud, setiap kali saya solat dan pada bila-bila masa saja saya berdoa... Doa... Doa... Dan doa...

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ini, anak perempuan saya yang dahulunya liat untuk bersolat, tapi sekarang sudah mula berubah. Bahkan solat sudah tidak perlu disuruh lagi. Solat subuh pun boleh bangun sendiri, tidak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut seperti mana kakak mereka buat. Solat tanpa perlu disuruh. Anda nak tahu doa apa yang perlu diamalkan? Doanya adalah ayat Al-Qur'an dalam surah Ibrahim ayat ke-40.

Dan Doa tersebut adalah seperti berikut:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

"Robbij'alnii Muqiimash Sholaati, Wa Min Dzurriyyatii. Robbanaa Wataqobbal Du'aa..."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." [Surah Ibrahim ayat 40].

Insya-Allah. Jom Amal. Semoga anak-anak anda semua rajin mendirikan solat bersama. Aamiinn...

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger