Searching...

Rasulullah S.A.W Tidak Pernah Menyinggung Perasaan Anak-anak Kecil Malah Menghiburkan Mereka

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Contohi peribadi Rasulullah S.A.W kerana baginda tidak pernah menyakiti hati atau menyinggung perasaan anak-anak kecil. Malah, baginda begitu gembira bermain-main (menghiburkan) dengan anak-anak kecil dan kadang-kadang beliau memangku anak-anak kepada bapa saudara baginda itu sendiri. Baginda menyuruh Abdullah, Ubaidillah, dan lain-lain daripada anak-anak saudara kepada Al-Abbas r.a (bapa saudara baginda) untuk berbaris lalu berkata, Siapa yang terlebih dahulu sampai kepadaku, akan aku beri sesuatu (hadiah). Maka, anak-anak kecil itu pun berlumba-lumba menuju kepada baginda, kemudian duduk di atas pangkuan baginda, lalu Rasulullah mencium anak-anak kecil itu dan memeluknya.

Ketika Ja'far bin Abu Tholib r.a, terbunuh dalam peperangan mu'tah, Rasulullah S.A.W sangat sedih. Baginda segera datang ke rumah Ja'far dan bertemu isterinya Asma' Binti Umais yang sedang membuat roti, memandikan anak-anaknya dan memakaikan baju anak-anaknya. Baginda S.A.W berkata, kemarilah anak-anak Ja'far. Ketika anak-anak Ja'far datang kepada baginda, maka baginda pun mencium anak-anak tersebut sambil menitiskan air mata. Asma' bertanya kepada baginda kerana menyedari ada musibah yang menimpanya.

Berkata Asma', "Wahai Rasulullah, apa gerangan yang menyebabkan anda menangis? Apakah sudah ada berita yang sampai kepada anda mengenai suamiku Ja'far dan kawan-kawanya?" Baginda S.A.W menjawab, "Ya benar, mereka hari ini di timpa musibah." Air mata baginda mengalir dengan begitu deras. Asma' pun menjerit sehingga orang-orang perempuan berkumpul mengerumuninya. Kemudian Rasulullah S.A.W kembali kepada keluarga mereka dan baginda bersabda, "Janganlah kalian melupakan keluarga Ja'far, buatlah makanan untuk mereka, kerana sesungguhnya mereka sedang sibuk menghadapi musibah kematian Ja'far."

Ketika Rasulullah S.A.W melihat anak Zaid menghampirinya, baginda memegang kedua bahunya kemudian menangis. Sebahagian sahabat merasa hairan kerana baginda menangisi orang yang mati syahid di peperangan Mut'ah. Lalu Rasulullah S.A.W pun menjelaskan kepada mereka bahawa sesungguhnya ini adalah air mata seorang kawan yang kehilangan kawannya.

Al-Aqraa bin Harits melihat Rasulullah S.A.W mencium Al-Hassan r.a lalu berkata, "Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka." Rasulullah S.A.W bersabda, "Aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang, nescaya dia tidak akan di sayangi."

Seorang anak kecil dibawa kepada Rasulullah S.A.W supaya di doakan oleh baginda S.A.W untuk mendapat berkat dan diberikan nama anak kecil itu. Anak kecil tersebut dipangku oleh baginda. Tiba-tiba anak kecil itu terkencing, lalu orang-orang yang melihatnya berteriak. Baginda berkata, jangan dihalang anak yang sedang kencing, biarkanlah dia sampai selesai dahulu kencingnya. Baginda pun berdoa dan memberikan nama anak kecil itu, kemudian membisik ke telinga orang tuanya supaya jangan ada menaruh perasaan yang menunjukkan Baginda tidak rela terkena air kencing anaknya itu. Ketika mereka telah pergi, Baginda mencuci sendiri pakaian yang terkena air kencing tadi.

Ummu Khalid Binti Khalid Bin Saad Al-Amawiyah berkata, "Aku berserta ayahku menghadap kepada Rasulullah dan aku memakai baju kurung (gamis) berwarna kuning. Ketika aku bermain-main dengan cincin Rasulullah S.A.W ayahku membentakku, maka baginda S.A.W berkata, "Biarkanlah dia." Kemudian baginda pun berkata kepadaku, "Bermainlah sepuas hatimu, nak!""

Dari Anas, diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W selalu bergaul dengan kami. Baginda berkata kepada saudara lelakiku yang kecil, "Wahai Abu Umair, Kerjakan apa dengan si nugair (nama burung kecil)?"

Wallahua'lam. 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger